Followers

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

Cabaran 2014 Menjelma Sudah

Tiada sambutan besar-besaran tahun baru kali ini.Semua bercerita tentang langkah jimat cermat secara total seluruh negara.Tak kira daripada peringkat atasan mahupun bawahan, tidak kira dimana, di sektor kerajaan atau swasta, isu berjimat-cermat menjadi agenda penting pada tahun 2014 ini.
Dikala Pantai Timur baru pulih daripada banjir, kita dikejutkan pula dengan banjir di Sarawak pada ambang pengakhiran 2013.Itu belum menyentuh pelbagai isu sensitif seperti GST, subsidi minyak, takrif elektrik, kadar tol, kalimah 'Allah', Agama Syiah dan sebagainya.Serba tidak kena Malaysia sekarang semenjak era siber dan sentimen politik menguasai pemikiran dan kehidupan majoriti rakyat Malaysia.
Sebenarnya rakyat Malaysia sudah pun melakukan yang terbaik untuk negara ini pada PRU13.Pilihan kita pada PRU13 yang lepas tidak semestinya tepat dan tidak pula semestinya salah.Semua mahukan yang terbaik untuk negara yang tercinta ini bukan?
Perlulah diingatkan, kuasa rakyat bukanlah muncul lima tahun sekali. Kita berhak mengutarakan bantahan dan pandangan melalui wakil yang kita pilih asalkan kita semua bersatu tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.Jauhkan perasaan hasad dengki dan saling berdendam.Kita harus bijak membezakan antara politik dan isu kepentingan bersama.Jangan jadikan diri kita mangsa manipulasi politikus-politikus dan agen-agen mereka.Mereka tiada apa-apa tanpa undi kita.Yang penting kita harus maufakat dan apabila bersuara, biarlah hanya satu dan kuat supaya suara kita digeruni.

TIDAK KIRA KITA DIBAWAH KERAJAAN BN ATAU PR, marilah kita kembali seperti kita yang dahulu; dikagumi dan dihormati oleh negara luar!

Apapun kita wajib bersyukur kerana diberikan nyawa dan nafas oleh Allah SWT untuk menempuh liku-liku kehidupan yang mendatang.

Semoga kita semua rakyat Malaysia diberi perlindungan dan selamat sejahtera di bawah rahmat Allah SWT.

Amin Ya Rabbal Alamin...

01HB JANUARI 2014

Thursday, May 9, 2013

PM's Hard Job After GE13: Attention On National Unity


The newly formed Barisan Nasional will start a national reconciliation programme to reunite the people after the divisive GE13, said Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak.
He said the overall results of the elections reflected voting polarisation and this was worrying.
“We will make efforts for national reconciliation so that any form of extremism and racism that is unhealthy for Malaysia is tackled.
“We will continue to promote moderation among multi-racial Malaysians as the Barisan government places great importance on racial harmony and national unity,” he told reporters after the coalition had achieved a simple majority of 133 seats to form the Federal Government.
Asked if he had expected the results to be along racial lines, Najib said: “I did but I did not expect it to be to this extent.”
“Let us absorb the ramification of the results. We will analyse it and discuss with Barisan leaders on what kind of national reconciliation plans we should embark on,” he said. “What is important is that we reject extremism and racism.”
He said although Barisan had managed to wrest Kedah back to the coalition, it could not do so in Selangor because of lack of support from the Chinese community.
Najib said they were taken in by the promises of the Opposition and that was why Barisan's plans did not materialise.
He said that Dato' Abdul Ghani Othman's loss in Gelang Patah was also the result of “a tsunami from the Chinese community which largely supports the Opposition”.
Najib, who is also Barisan chairman, thanked the voters for returning the coalition to power.
“I also hope that all parties including the Opposition accept the results with open hearts,'' he said, adding that the Opposition could contest the results in court if they had proof of irregularities.
He said Barisan was not concerned about street demonstrations as he was confident that Malaysians practised mature democracy.
“I assure the rakyat that whatever pledges Barisan made will be fulfilled.”

Monday, May 6, 2013

Keputusan Penuh PRU13 Secara Umum Dan Ringkas

PR kekal di Kelantan, Selangor, Penang


Kedudukan kerusi DUN



Kelantan: PR 33 - 12 BN

Selangor: PR 38 - 18 BN
Penang: PR 30 - 10 BN



Perak: BN 30 - 29 PR

Kedah: BN 21 - 15 PR
Terengganu: BN 17 -15 PR
N.Sembilan: BN 22 - 14 PR
Pahang: BN 30 - 11 PR
Johor: BN 32 - 13 PR
Melaka: BN 21 - 7 PR
Perlis: BN 13 - 2 PR
Sabah: BN 42 - 10 PR


BAGI KEPUTUSAN PENUH YANG LENGKAP SILA KLIK : KEPUTUSAN PENUH RASMI PILIHAN RAYA UMUM 13

P/S : Ok...tutup buku PRU13.Sekarang masa kita bersatu padu di bawah satu bendera.Elakkan politiking melampau 24 jam sehari, 30 hari sebulan, 365 hari setahun, sebab satu hapa kerja pun tak dapat buat kalau perbezaan ideologi politik diutamakan.

Keputusan PRU13 P116 Parlimen Wangsa Maju

Berikut ialah keputusan penuh PRU13 bagi Parlimen Wangsa Maju P116 antara calon BN dan PKR.



P116 Wangsa Maju
2013
 
1  Dato' Mohd Shafei Abdullah (BN) 26,130  
2  Dato' Dr. Tan Kee Kwong (PKR) 31,641


Pemenang :  Dato' Dr. Tan Kee Kwong (PKR)
% keluar mengundi: 58,291 (86.0%)
Majoriti: 5,511

Tahniah di ucapkan kepada Dato' Dr. Tan Kee Kwong. Harap Dato' bekerja keras dan tidak lupakan janji-janji Dato' kepada pengundi-pengundi di Wangsa Maju.
Kepada Dato' Mohd Shafie, sila usaha lebih gigih lagi... Life Must Go On!

P/S : Untuk keputusan penuh PRU13 bagi seluruh negara akan di kemas kini nanti.Stay tuned!

Saturday, May 4, 2013

PRU13 Wangsa Maju : Kalau Dah Blur nak Undi Siapa

Kalau dah tak tau nak undi siapa (blank atau blur), pangkah je seperti contoh di bawah ni...



Berikut ialah 13 AkuJanji Saya : 

1. Wangsa Maju akan jadi zon bebas merokok.
2. Kebersihan kedai-kedai makan termasuk restoran mamak akan dipantau serius.
3. Hari 'J Card' di AEON Wangsa Maju akan diadakan sebulan sekali.
4. Pengguna PUTRA Wangsa Maju tidak dibenarkan lagi meletak kereta di kawasan perumahan penduduk seksyen 1.Parking  bertingkat berbayar akan diperkenalkan.
5. Premis judi haram internet terutama di Sri Rampai akan dihapuskan sama sekali.
6. Meningkatkan aktiviti belia dan keagamaan di masjid-masjid Wangsa Maju.
7. Pasar malam di seksyen 1, Sri Rampai dan Setapak Jaya akan dipanjangkan lagi.
8. Jabatan Imigresen, JPN di Wisma Rampai, PUSPAKOM dan JPJ akan diperbesarkan atau ditambah lagi (yang ada sekarang sesak tahap Ironman 3).
9. Taman Tasik Sri Rampai akan dinaik taraf seperti Taman Tasik Keramat.
10. Maybank dan CIMB akan diwujudkan semula di Seksyen 1.
11. Arahan tembak sampai mati akan dikenakan pada semua tikus yang berkeliaran di Wangsa Maju.
12. Trek jogging akan diwujudkan sepanjang kaki lima jalan raya di bukit Seksyen 2 dan Seksyen 4.
13. Kenduri roti canai di NZ Curry House kalau saya terpilih PRU13 kali ini.Hehehe...

P/S : Kemungkinan besar saya akan kalah disebabkan akujanji saya nombor 1 dan 3 tu sebab terdapat tentangan hebat daripada golongan suami.

Thursday, May 2, 2013

PRU13 : Shafie Abdullah Vs Tan Kee Kwong (Gambar-Gambar Kempen)

Tan Kee Kwong (PKR) Vs Shafie Abdullah (BN)





























Saluran-saluran kempen PRU13 Wangsa Maju (CyberCampaign) untuk rujukan anda :

keadilanwangsamaju.wordpress.com
bn4wangsamaju.blogspot.com
dppwm.blogspot.com
www.facebook.com/Tankeekwong
shafeiwangsamaju.blogspot.com
www.facebook.com/dato.m.abdullah
mediawangsamaju.blogspot.com


Wednesday, April 17, 2013

PRU13 : Kenali Calon-Calon P116 Parlimen Wangsa Maju

Kembali ke topik yang hangat ketika ini dan kadang-kadang sampai tahap dibenci orang iaitu PRU13.
Semalam berakhirnya desas desus calon apabila Pengerusi BN, DS Najib Tun Razak telah pun mengumumkan calon-calon BN untuk semua kerusi Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Kita punyalah tunggu lama pengumuman ni kalau tidak camane nak siapkan post nih ye tak?

Oklah... suka atau tak suka politik, macamana pun sebagai warganegara yang bertanggungjawab mau tak mau kena amek tau jugak calon-calon kawasan anda.Masa depan negara terletak di tangan anda.Kalau tak kenal maka tak layaklah di undi.Melainkan orang tu memang jenis mengundi atas dasar parti semata-mata sampai tak kenal pun calon yang dia pangkah tu.In this case, no komen...

Untuk makluman anda Wangsa Maju kali ni ada perlawanan 3 penjuru iaitu antara calon daripada Bebas, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PKR).Memang sengit PRU13 kat Wangsa Maju ni geng...
Berikut adalah calon-calon P116 yang sudah diputuskan oleh bos masing-masing serta latar belakang ringkas mengenai mereka.

Calon Bebas : YB Wee Choo Keong

Merupakan penyandang kerusi P116.Beliau merupakan seorang peguam sebelum menyertai politik.
Mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari tahun 2008 hingga tahun 2010. Beliau merupakan pengasas Parti Demokratik Malaysia (MDP) dan menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung sehingga parti ini ditarik balik pendaftarannya.
Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Tindakan Demokratik (DAP), namun selepas kegagalannya untuk cuba menggulingkan Lim Kit Siang, beliau disingkirkan daripada DAP. Beliau membawa para penyokongnya untuk menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (MDP). 
Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 atas tiket Parti Keadilan Rakyat di Wangsa Maju atas jemputan DS Anwar Ibrahim dan mengalahkan calon dari BN-MCA, Dato' Yew Teong Look dengan majoriti tipis iaitu sebanyak 150 undi.
Pada 14 Mei 2010, Wee mengumumkan keluar dari PKR dan pada masa yang sama, beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Kuala Lumpur atas sebab tidak berpuas hati dengan skandal rasuah penjualan pasir oleh KSSB di Selangor.

YB WEE CHOO KEONG BAGAIMANAPUN DISAHKAN TIDAK BERTANDING APABILA TIDAK HADIR PADA HARI PENAMAAN CALON 20HB APRIL 2013 SEKALIGUS MENINGGALKAN TANDA TANYA KERANA INI BERTENTANGAN DENGAN KENYATAANNYA SEBELUM INI.DISAHKAN HANYA 2 CALON SAHAJA YANG BERTANDING DI P116 WANGSA MAJU  IAITU ANTARA CALON BN DAN PKR.

                                                            Calon BN : Dato' Mohd Shafie Bin Abdullah

Merupakan seorang peguam yang terkemuka dan mula berkhidmat sebagai peguam pada tahun 1985.Beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.Antara jawatan-jawatan beliau yang lain ialah sebagai Pengerusi BN Wangsa Maju yang baru, menggantikan Dato' Yew Teong Look daripada MCA, Ketua UMNO Cawangan Wangsa Maju dan Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.Beliau juga ialah mantan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).Beliau adalah salah seorang muka baru yang cuba diketengahkan pada PRU13.
         Pada 22 Oktober 2009 beliau dilantik mewakili Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) - badan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik. Pemimpin negara-negara ASEAN turut hadir sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 di Hua Hin, Thailand. Nama beliau telah dicadangkan oleh Wisma Putra dan diterima Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau diharapkan dapat mempertahankan Malaysia daripada sebarang tuduhan berkaitan isu hak asasi serta melaksanakan tugas dengan berkesan semasa menghadiri sidang tersebut.

Calon PKR : Dato' Dr. Tan Kee Kwong

Merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dari Parti Gerakan. Kini beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat dan memegang jawatan sebagai Ketua Penyelaras PKR Wangsa Maju.
Beliau ialah seorang lepasan Doktor Perubatan pada tahun 1977 dan mula bekerja di United Kingdom (UK) sebagai doktor sebelum pulang ke Malaysia dan membuka kliniknya sendiri pada tahun 1985.
Semasa dalam Parti Gerakan, Dr. Tan menjadi Timbalan Menteri dari 1999 hingga 2004. Beliau diperkenalkan oleh Dato' Alex Lee untuk menceburi bidang politik dan atas tiket BN, beliau menjadi Ahli Parlimen Segambut selama tiga penggal (1995, 1999 dan 2004).
Disebabkan kemelut politik dalam Parti Gerakan dan tidak dicalonkan pada PRU12, beliau kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas pelawaan DS Anwar Ibrahim pada Ogos 2008.

SELAMAT MENGUNDI!

Sunday, April 14, 2013

Desas Desus Calon PRU13 Wangsa Maju

Parlimen Wangsa Maju, dianggap kawasan panas kerana terbukti ramai pengundi atas pagar yang bakal menentukan wakil P116 ke Parlimen Malaysia.
Komposisi pengundi mengikut kaum juga menyaksikan keseimbangan antara pengundi Melayu dan Cina.
Mengikut statistik terbaru, jumlah pengundi yang layak bagi PRU13 untuk P116 ialah berjumlah 67,858 orang, peningkatan sebanyak 13,349 orang berbanding PRU12.
Untuk maklumat, penyandang kerusi P116 ialah YB Wee Choo Keong, calon PKR yang kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas disebabkan kemelut politik dalaman.Beliau menang pada tahun 2008 dengan majoriti kecil sebanyak 150 undi mengalahkan calon BN, Datuk Dr. Yew Teong Look.
PRU13 tahun ini menyaksikan calon PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong, telah diumumkan akan bertanding di sini oleh Pengerusi PR, DS Anwar Ibrahim semasa sesi jelajah beliau ke seluruh negara baru-baru ini.
Itu di pihak PR, di pihak BN lain pula ceritanya.Semua masih menunggu calon yang akan diumumkan oleh Pengerusi BN, DS Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.
Sumber-sumber blog mengatakan kerusi yang selama ini diberi kepada MCA akan dipulangkan semula kepada calon UMNO memandangkan Pengerusi BN Wangsa Maju telah berpindah tangan daripada Datuk Dr. Yew Teong Look kepada pengerusi yang baharu iaitu Dato' Dr. Shafie Abdullah.
Desas desus juga menyebut Dato' Dr. Shafie Abdullah bakal menggantikan calon MCA di Parlimen Wangsa Maju.Walau bagaimanapun, keputusan akhir terletak pada kata putus Pengerusi BN yang akan menamakan calon pada bila-bila masa sahaja.
PRU13 Wangsa Maju kali ini nampaknya lebih meriah dan sengit kerana akan wujud perlawanan 3 penjuru antara penyandang YB Wee Choo Keong yang bertanding atas tiket bebas dengan wakil PR dan BN.
YB Wee Choo Keong semasa temuramahnya bersama wartawan MalaysiaKini, berikrar akan mempertahankan kerusi ini kerana tidak sanggup mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh warga Wangsa Maju pada PRU12.Beliau menegaskan, lebih selesa berada dalam kelompok bebas kerana bebas untuk mengutarakan apa sahaja masalah rakyat berbanding terikat tangan dan mulut ketika berada dalam PKR.

Sumber rujukan : Gelombang Wangsa Maju, PRU 13, Malaysiakini, Keadilan Daily.


YB Wee Choo Keong ketika ditemuramah.

P/S : Warga Wangsa Maju dah bijak berpolitik sekarang.Semua buat tunggu dan lihat.Tidak fanatik kepada mana-mana parti politik kerana majoriti inginkan negara yang tenteram dan makmur.Ahli politik datang dan pergi.Kalau kita ikut, kita sekali akan pergi.So jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi.Mengundilah dengan rasa bebas kerana ini adalah PILIHANRAYA, bukannya KETETAPANRAYA.Jauhi sumber-sumber yang diragui kesahihannya kerana ini bermulanya fitnah.Dengar boleh, percaya jangan...