Followers

Showing posts with label JJCMWM. Show all posts
Showing posts with label JJCMWM. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Khasiat Sengkuang Makcik Enon

Teringat dulu-dulu suka makan sengkuang petang-petang atau on the way balik rumah daripada sekolah rendah.Admin biasa berenti kedai makcik tingkat 1 blok F14 tu.Sedap betul sengkuang ni kalau kuah rojak dia banyak.Sekarang ni kalau anda terliur, datangla kedai Makcik Enon tingkat 1 blok D6.Nasik lemak bungkus pun ada.Sedap! Admin rasela, sengkuang ni silap-silap akan pupus suatu hari nanti.Huhuhu...

Berbalik kepada cerita sengkuang, khasiat yang terdapat pada sengkuang ialah:

Mengatasi demam panas
Meredakan demam
Mampu mengubati selesema dan batuk
Melawaskan buang air kecil
Penawar demam kuning
Mengatasi masalah gout
Menghaluskan dan memutihkan kulit
Sesuai menjadi makanan diet.

Banyakkan khasiat sengkuang???

Haji Tomyam Di Wangsa Maju

Kalau nak rasa sup ekor, Admin cadangkan Haji Tomyam bawah PUTRA depan blok E (dulu sebelah pagi Pak Aji meniaga breakfast).Haa... jangan ingat Haji Mabrur saja ada, Haji Tomyam pun ada! Kadang-kadang Admin order tomyam ekor makan dengan Nasi Goreng Cili Padi.Pergh... memang mantop campur marveles.Untunglah Wangsa Maju ni penuh dengan pakar masakan.

Monday, June 9, 2014

Pulau Di Wangsa Maju

Kenapa tempat ni dipanggil sebagai 'Pulau' yea? Sebelah tengahari Makcik Mon meniaga nasik berlauk kat sini.Sebelah malam pulak budak-budak siam meniaga masakan panas.Agak famous juga nama 'Pulau' dalam kamus hidup OWM sini.Mungkin fizikal tempat ni macam pulau di lautan atau ada 7 batang pokok pinang kat situ, so macam Pulau Pinang?

Sunday, June 8, 2014

Megi Sup Tomyam

Demamla pulak arini.Kalau demam elok makan makanan bersup.Kalau dapat sup ayam kampung lagi cun.Tapi Admin terliur megi tomyam.Beli je megi tomyam kat 7E bawak terus ke Restoran Maju depan Shell tu.Cakap je kat Ibrahim buat megi sup pakai megi tomyam.Dia takde hal lah.Inikan restoran mamak yang mesra rakyat dan pelanggan.Hehehe...

Nasi Lemak Jeep Merah

Nasik Lemak 'Jeep Merah'.Berbungkus-bungkus orang beli.Satu bungkus tak cukup agaknya.Lokasi kat Seksyen 2 tepi jalan depan Restoran Zatimanis sebelah BRJ.Kalau nampak Jeep merah parking, adalah dia meniaga malam tu.Tapi masa amek gambar ni Jeep masuk bengkel.Grand Livina je park depan.Admin suka part dia belah telur pakai benang.Stylo.Hehehe...

Tuesday, June 3, 2014

Brader Western Seksyen 1

Ramai juga yang bertanya pada Admin pasal Brader Western yang jarang betul meniaga.Tapi Admin tak nafikan western dia memang best terutama Chicken Chop dan Lamb Chop.Brader ni sebenarnya meniaga pasar malam kat tempat lain.Yang kat WM ni buka hari Selasa sampai Khamis.Itulah ceritanya... Eh, hari ni Selasa kan?

Thursday, August 1, 2013

Rahsia 'Lord Of The Lemang' Pak Ali



KATA orang tua-tua, buluh yang sudah ditebang atau siap dipotong mengikut ruasnya, tidak boleh di langkah kerana ia boleh menyebabkan lemang ‘muntah’ sewaktu dibakar.”

Oleh itu, semasa proses mencari dan menebang buluh sehinggalah ketika ia dibakar, pantang-larang tersebut haruslah sentiasa dipatuhi bagi memastikan lemang yang dibuat menjadi.

Bagi mereka yang tidak memahami, pantang-larang tersebut mungkin kedengaran agak remeh dan tidak masuk akal.
Namun, kepercayaan itulah yang menjadi amalan pengusaha lemang asli yang popular di Lembah Klang, Md. Ramli Abdul Rasip, 71, atau lebih dikenali ramai dengan nama Pak Ali.

Apa tidaknya, penjagaan rapi ke atas buluh-buluh yang diperoleh bukan sahaja membantu dalam menghasilkan lemang-lemang yang berkualiti tinggi bahkan menepati cita rasa pembeli.

Bagaimanapun, ekoran faktor masa dan tenaga, Pak Ali tidak lagi mencari buluh di hutan seperti dahulu dan kini menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab tersebut kepada masyarakat Orang Asli di Sungai Dua, Karak, Pahang.

“Kalau nak diikutkan proses lengkap pembuatan lemang, ia bermula dengan mencari buluh di hutan. Tapi seiring perubahan zaman, lebih mudah untuk kita beli sahaja buluh-buluh tersebut.

“Kemudian, baharulah disediakan ramuan pulut dan santan untuk dimasukkan ke dalam kelongsong daun pisang sebelum dibakar,” katanya ketika ditemui di gerainya berhampiran Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MMR2), Hulu Klang baru-baru ini.

Jelas Pak Ali, bagi mendapatkan rasa lemang yang lemak serta adunan secukup rasa antara pulut dan santan, terdapat beberapa teknik menjadi amalannya.

“Ramai yang mengatakan rasa ‘lemak’ lemang saya sukar ditandingi dengan lemang lain. Ia mungkin dipengaruhi teknik sukatan santan yang sentiasa diamalkan.

“Selepas memasukkan pulut dan santan, saya sukat dengan buluh halus bagi memastikan santan meresap sehingga ke seluruh bahagian,” katanya.

Sebelum itu, kata Pak Ali, beras pulut kebiasaannya direndam selama 15 ke 20 minit dan ditoskan sebelum boleh dimasukkan ke dalam kelongsong daun pisang dan diisi dengan santan.

Pak Ali yang sinonim dengan gelaran ‘Lord of The Lemang’ berkata, walaupun ramai pengusaha lemang lain sudah beralih kepada proses pembakaran secara ‘separuh tradisional’, dia tidak sesekali akan mengamalkan cara itu.

“Macam mana nak berniaga lemang kalau tak tahan dengan api yang panas? Kerana itulah, ramai di kalangan peniaga baru yang hanya ‘wayang’ membakar lemang.

“Sedangkan, hakikatnya mereka rebus pulut dahulu sebelum dimasukkan ke dalam buluh. Pada saya, tak elok ‘berlakon’ begitu semata-mata untuk meraih keuntungan,” katanya.

Bagi Pak Ali, asap putih berkepul-kepul serta aroma harum daripada santan dan pulut yang dibakar itulah daya penarik dan ‘menyengat’ hidung pelanggan untuk singgah ke gerainya.

Sekali gus, penjagaan api amat penting dalam proses pembakaran lemang. Kebiasaannya masa yang diperlukan adalah selama satu jam setengah hingga dua jam bergantung kepada keadaan api.

“Supaya lemang tidak hangit dan dapat masak dengan betul, ia perlulah dipusing mengikut putaran jam selang beberapa minit.

“Lemang yang sudah masak, bahagian luar buluhnya akan berubah warna menjadi kekuningan dan berkilat,” katanya.
Menjelang Aidilfitri ini, Pak Ali berkata, permintaan lemangnya bertambah mendadak.

Sementara itu, mengulas persediaannya menghadapi permintaan yang meningkat, Pak Ali berkata, bekalan buluh, kayu api serta ramuan lemang untuk tempoh dua bulan sudah disediakan dengan secukupnya.


“Satu hari secara purata 500 batang lemang dijual. Permintaan semakin kritikal menjelang dua ke tiga hari sebelum dan selepas raya. Kadang-kala sehingga 3,000 batang lemang laris dijual,” katanya.



Wednesday, July 24, 2013

Berbuka Nasi Padang @ Greenwood


Semalam berbuka puasa kat Garuda Baru Nasi Padang, Greenwood. Teringat plak kenangan makan nasik padang kat Balik Papan, Indonesia. Kat sana makan hidang. Banyak lauk akan diletakkan atas meja. Kalau kita cuit sikit je lauk kat pinggan tu, kena bayar untuk harga satu pinggan. Kat Malaysia jarang orang praktis makan macam ni.

Kat KL ni dekat-dekat Wangsa Maju setau aku 3 tempat je yang best, Garuda Baru kat Greenwood (yang ini gulai urat dia terbaik), pastu Garuda kat Kampung Baru (depan Naza lama, rendang daging dia terbaik) satu lagi kat Jalan Yap Kwan Seng (Belakang Jaguar lama, paru sambal dia best). Sini mahal sikit. Kalau makan berdua je dah cas dekat RM50.


Aku perati area Greenwood ni banyak tempat makan Nasi Padang. Walaupun mahal sikit kat Garuda Baru ni, aku tetap syorkan Garuda Baru sebab tempat ni bersih, ada kemudahan surau untuk bersolat dan tandas yang besar. Lagi satu ada sate Minang dan tapai pulut atau ubi. Perghhh... sedapla.


Contoh makan hidang Garuda style.

Nasi Padang Ratu Sari style.
                                                   
Nasi Padang Garuda Baru, Greenwood.

Ingat air Coke... rupanya 'Tehbotol' tulis style Coke. Hahaha...

Jemput makan!


Monday, July 8, 2013

Gerai Burger Paling Otai Wangsa Maju

Gerai burger Abang Lan memang cukup popular di Seksyen 1 Wangsa Maju. Bagi penduduk asal atau yang sudah lama menetap di sini, gerai makan ini memang dikenali sebegitu. Ini berbeza dengan generasi baru dan terutamanya orang luar  seksyen 1, gerai ini dikenali mereka sebagai 'Lanina Cafe'. Lokasi gerai ini ialah berdekatan dengan jalan keluar masuk ke seksyen 1 daripada jalan utama hentian PUTRA. Nak senang cerita berdekatan Blok E (blok yang kaler oren tu lah)... tepi jalan utama dalam seksyen 1. Carik je dalam Foursquare tu. Macam besar sangat je seksyen 1 ni. Hehehe...
Gerai burger Abang Lan merupakan gerai burger yang pertama di seksyen 1. Bermula secara tidak serius pada tahun 1987, gerai ini perlahan-lahan berkembang seperti yang kita lihat hari ini setelah Abang Lan mengusahakan perniagaannya secara serius pada tahun 1989.

Rupanya dah berusia 25 tahun gerai burger Abang lan ni. Saya masih ingat lagi ketika saya berumur 10 tahun, gerai Abang Lan ni sama seperti gerai burger biasa macam 99 Burger dan Otai Burger yang tumbuh macam cendawan lepas hujan kat KL sekarang ni.

Mengikut kata Abang Lan, burger ayam dan daging ketika itu cumalah berharga RM1.50. Manakala benjo berharga 90 sen sahaja.  Masa tu masih belum wujud lagi burger arnab, burger rusa dan burger ikan... apatah lagi oblong dan burger bakar. McDonald pun belum ada 'Samurai Burger' lagi! Hahaha... 
Kali pertama saya datang membeli kat sini dulu, saya ingatkan harga burger macam harga pasar malam (RM1 sebungkus dulu kat pasar malam Wardieburn Jalan Tumbuhan, ingat lagi???). Biasala... budak kecik, ingat semua harga sama masa tu. Hahaha... nasib baik Abang Lan sporting. Mungkin dia tau budak-budak selalu keliru dengan harga pasar malam. Dapat gak saya merasa burger daging hari tu.

Sesuai dengan peredaran masa dan persaingan sengit di seksyen 1, Abang Lan kemudiannya mempelbagaikan bisnesnya seperti burger bakar, char kue tiaw, air buah, kerang bakar, masakan panas seperti tomyam dan makanan western. Walau bagaimanapun sesiapa yang masih lagi teringin nak makan burger original Abang Lan, dia masih lagi jual cuma harganya dah berubah sesuai dengan perubahan zaman. Hahaha...

Suasana 'Lanina Cafe' pada waktu malam. Nak parking kenderaan mudah di sini.


Kalau makan western kat sini, mak mentua lalu belakang pun tak sedar. Hahaha...

Macam-macam minuman dalam peket ada sini. Kena datang banyak kali kalau nak rasa semua!


Minuman Coke dan Sprite dalam botol kecik... Antara tarikan unik 'Lanina Cafe'.

Bawak family kena makan kat dalam... kat luar tu untuk orang belum kahwin! Hahaha...


Suasana 'Lanina Cafe' pada waktu petang. Elok gak singgah minum lepas balik opis...


Duduk makan kat sini memang tidak membosankan. Suasana tempat makan di sini memang sesuai sekali untuk pelbagai lapisan masyarakat. Siap ada 3 buah tv screen flat dan kemudahan internet WIFI. Pendek kata memang strategiklah dan yang lebih penting, masakan panas dan western Abang Lan memang tidak mengecewakan. Sebelum saya lupa, 'Lanina Cafe' di tutup setiap hari Isnin kerana lokasinya yang berhampiran Pasar Malam seksyen 1. Bukan setakat Gerai Abang Lan saja, gerai-gerai yang berhampiran pun kebanyakkan tutup pada hari Isnin. Bagi peluang kat peniaga pasar malam carik duit plak sambil ada kesempatan untuk bercuti ye tak?

P/S : Abang Lan adalah contoh terbaik orang Wangsa Maju yang menjadi usahawan gerai makan yang berjaya. Jadi sesiapa yang baru nak belajar berniaga, elok tanya selok-belok ilmu perniagaan pada beliau untuk di kongsi bersama. Selamat menjamu selera di LANINA CAFE!


Friday, June 7, 2013

Restoran Mamak Pertama Di Wangsa Maju (Since 1986)


Dah berusia 27 tahun restoran ni. Aku selalu lepak sini breakfast sambil baca surat khabar, berborak ngan kawan-kawan sampai tutup kedai (waktu tengahari nak Jumaat ler...). Berbuka puasa kat sini pun pernah! Tak ada yang best sangat pun tempat ni tapi restoran ni ada aura yang tersendiri. Memang port yang sempoilah senang cerita.

Makanan-makanan pun ok la. Tak terlampau best sampai ketagih, dan takde la tak best langsung sampai tak boleh makan. Tapi pagi-pagi, pergh.... penuh fullhouse tak cukup meja!

Apa yang special tempat ni ialah nasik lemak kukus. Pada aku memang sedap la. Ada macam-macam lauk. Sambal sotong, kari kambing, rendang daging lembu, paru goreng, rendang hati.... Datang sendiri la cuba habih cerita. Teh tarik ngan roti canai dia pun boleh tahan. Customer service? Sangat ok... macam dah kenal lama pekerja-pekerja sini.

Pesaing-pesaing restoran ni dulu (generasi pertama) macam Restoran Gadis, Restoran Daud dan Restoran Dhurbar, semua dah lama tutup. Tinggal restoran ni je yang kekal semenjak premis perniagaan ini siap pada tahun 1986. Restoran NZ, BRJ, Bunga Emas, Al-Amin dan Awwal Maju tu semua restoran mamak generasi ke dua. Dan generasi latest... Ali Maju kat Rampai Business Park.

Di buka seawal pukul 6 pagi sehingga 9 malam, Jumaat tutup daripada 12.30 tengahari hingga   2.30 petang, restoran ini juga menyediakan masakan panas melayu seperti tomyam dan lain-lain. Nasi briyani pun ada, kalau tak salah aku setiap hari isnin dan jumaat. Memang best layan briyani ngan kari kambing kat sini pastu pekena teh ais... perghh...

Memang ada kelainan la pasal restoran maju ni, ini lah satu-satunya kedai mamak yang tidak beroperasi 24 jam di Wangsa Maju. Lagi satu dia tak letak table-table sampai ke kaki lima atau jalan raya untuk tambah customer. Tak macam restoran mamak yang lain. Parking kenderaan pun senang, kalau tak kat depan, belakang restoran pun boleh. Mesti ada tempat kosong punya.


Antara kenangan aku berkaitan restoran ini :

1. Inilah port melepak ngan kawan-kawan masa sekolah rendah dan menengah selepas habis aktiviti ko-kurikulum pada hari Sabtu.

2. Menyaksikan harga roti canai daripada 40 sen menjadi 45 sen, menjadi 50 sen, 60 sen, dan seterusnya menjadi RM1 sekeping pada hari ini.

3. Pernah bawak 50 sen je datang makan roti canai kat sini. Tak minum pun sebab tak cukup duit. Gelagat kanak-kanak seperti aku mendapat perhatian daripada pekerja kat situ sampai dapat sky juice secara percuma (ais kosong ler!). Hahaha...

4. Pernah menyaksikan cikgu disiplin SMWM1, Cikgu Zaki perambat budak-budak ponteng sekolah kul 8 pagi. Kelam kabut budak-budak tu semua lari. Hahaha...

5. Pernah menjadi port pilihan yang terbaik (last minute) untuk berbuka puasa bila terlambat persediaan nak berbuka kat luar. Terima jela... but i never complained! 

6. Pernah breakfast dan baca paper kat sini daripada pukul 8 sampai kul 10 pagi hampir 3 bulan. Sampai mamak pun heran aku kerja ke tak?

7. Port gathering ngan kawan-kawan lama pada hari weekend.

8. Pernah termakan roti expired ngan seorang sahabat. Habih kitaorang ugut supervisor dia. Dapat makan free aritu. Hahaha...

9. Pernah menyaksikan aksi kejar-kejar antara imigresen ngan pekerja restoran (kes takde permit kot)...

10. Ayam madu ngan sup kambing restoran ni pernah menjadi feveret aku suatu ketika dulu. sedap wooo...

P/S : Aku rasa kalau Restoran Maju ni pun tutup, abis hilang ikon paling lama kat Wangsa Maju. Aunty Mini Market kat sebelah dia pun dah tutup hujung 2009...



Thursday, May 9, 2013

Mee Udang Mak Jah, Wangsa Maju (Near Wangsa Walk)


I am not a big fan of prawns. But a trip to Mak Jah Mee Udang in Wangsa Maju, Section 5 (near Wangsa Walk) had convinced me to give these tasty crustaceans a try.
And it turned out to be okay!
Before that, my regular geng 'kaki makan' also confirmed this.
At RM12 a bowl, the Mee Udang Special, was a knock-out deal! You get six large prawns that are fresh and crunchy and I must say that the fare lived up to my expectations.
The shop in Wangsa Maju is actually the namesake of its owner who operates in Kuala Sepetang, Perak (this town was formerly known as Port Weld) which is about 20-minute drive from Taiping.
                                    
                                                      Mee Udang Mak Jah Special Type 'R"!
                                    
                                                          The Menu... set your lunch earlier!
P/S : Give a try bro!

Wednesday, April 24, 2013

Teka Teki Teka Tekuk Pisang Goreng Wangsa Maju

Sesiapa yang tinggal kat Wangsa Maju atau dekat-dekat area ni mesti dah tau pasal gerai pisang goreng yang satu ni.Ala... gerai yang sebelah medan selera seksyen 1 tu la, area blok F depan PUTRA tu ha...Mesti ramai tertanya-tanya apa hal gerai ni dah tak beroperasi? Mau dekat setahun aku rasa.Bila jumpa kengkawan, semua tanya bila nak bukak gerai? Apahal gerai goreng pisang kat sebelah medan selera tu? macam-macam lagila soalan cepu emas aku dengar.Dah jadi teka teki plak isu operasi gerai goreng pisang ni.

Okla, sebelum aku cerita panjang lebar aku kena cerita dulu sejarah ringkas gerai ni...

Gerai ni sebenarnya dah mencapai umur 18 tahun.Mula-mula owner start ngan bisnes nasik lemak.Tapi sebab banyak saingan, campur kerja berat termasuk bersengkang mata sampai tengah malam masak sambal.Last-last setahun lebih je tahan.Berenti jual nasik lemak tak bererti berenti bisnes.Dapat pulak resepi buat pisang goreng daripada kawan owner.Resipi ni bukan sebarang resipi... ramai tanya ada letak telur ke ada campur serbuk gian ke? itu semua takdak.Mengarut! Tapi aku tak boleh dedahkan resepi ni.Ada orang pernah tawarkan aku RM500 masa aku lepas SPM sebab nak korek rahsia resepi ni.Nasib baik aku tau nilai RM500 masa tu berapa.So, sorila aku nak bocorkan rahsia tu.Lainla RM500 ribu.hahaha...

Resepi ni istimewanya, tepung akan melekat kat pisang tu bila digoreng.Kalau korang perasan orang biasa yang jual goreng pisang ni, tepung dia biasanya tak melekat.Kadang-kadang dah beli tepung dah tercabut, tinggal pisang je jadi togel.Pisang goreng apa macam tu? Keduanya, tepung ni rangup.Kadang-kadang customer siap mintak serdak-serdak tapau bawak balik.Sedap macam snek kot? Ketiganya adunan tepung dia ada rasa tersendiri.Tak macam orang berniaga pakai tepung goreng adabi.Memang lain rasanya.Kalau pakai tepung adabi ni kita boleh kenal rasa dia.Yang paling istimewanya, kawan owner yang ada resepi ni dah tak berniaga.Bermakna dalam KL ni tinggal sorangje la yang pakai resepi ni untuk berniaga!

Apasal tak berniaga dah?

Okla... berbalik pada persoalan tadi, kenapa gerai dah tutup hampir setahun.Mungkin korang tak tau sebenarnya 1 Malaya pokok pisang ni dah kena penyakit Moko.Penyakit ni membuatkan pisang menjadi kematu atau keras.Daun pisang pun jadi kuning dan layu.Aku dengar Kementerian Pertanian pun tengah carik usaha nak lawan penyakit ni sebab ramai yang terkena impaknya termasuk peladang, industri kerepek, peniaga pasar tani, peniaga goreng pisang dan yang paling terasa... penggemar pisang goreng sebagai santapan waktu petang!

Kalau korang perasan, memang susah nak dapat pisang sekarang, kalau ada pun jual mahal.Dulu harga sesikat dalam 1 kilo harga 70 sen 90 sen.Sekarang dah melebihi RM3 sesikat! Macam mana nak beniaga macam ni? Tak pulang modal! Bila kita jual 3 keping yang potong nipis-nipis singgit mau kena komplen.Tapi itulah realitinya.Nak-nak pulak berniaga dalam masyarakat yang kita kenal, bukan orang lain pun, semua jiran-jiran yang dah kenal.Ini Wangsa Maju bang, bukan meniaga kat sebelah PUTRA Masjid Jamek KL sana tuh.Kat sana tarukla 3 keping singgit.Lepas beli mengutuk belakang.hahaha...

Bukan tak boleh meneruskan bisnes jual keropok, cekodok pisang, cendawan goreng atau keledek goreng.Tapi owner berkeras nak jugak mesti ada goreng pisang sebab ini trademark ataupun core bisnes.Orang akan tanya jugak pasal pisang goreng bila datang gerai ni.Betul jugak tu... So, tinggallah gerai tersadai walaupun dah ramai orang datang rumah tanya nak sewa meniaga malam-malam bukak kedai makan.Tapi lupakanlah yer sebab selagi kudrat ada, owner memang berhasrat nak bukak balik gerai pisang goreng ni bila keadaan dah mengizinkan.

P/S : Ini semua ujian daripada Allah SWT.Sama-samalah kita doakan pisang lekas sembuh yer.Insya Allah...


Gambar terbaru Gerai Banana Paradise.Walaupun macam rumah tinggal, tetap laku orang nak sewa!

Gerai Pisang Goreng 'Banana Paradise' semasa zaman kegemilangannya.

Core bisnes : Pisang Goreng

Keledek goreng (makan ngan kopi O sedap dowh...).

Cendawan goreng cicah sambal kicap, ada peminat tersendiri...

Cekodok pisang ngan cekodok ikan bilis (My feveret).


Keropol lekor Ganu...
                                       
Penyakit Moko umpama H7N9 untuk makhluk bernama pokok pisang ni.

Nampak jelas pisang jadi kematu.Monyet 'Mat Kool' pun marah kalau tau ni.