Followers

Tuesday, April 30, 2013

Tribute To Trio SMWM1 - Filem 'Baginda' 1997

Baginda ialah sebuah filem masyarakat arahan Aziz M.Osman, yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1997. Filem yang dibintangi oleh Azean Irdawaty, Jalil Hamid dan Datuk Jalaluddin Hassan ini merupakan filem mengangkat tema kesedaran guru memilih antara niat ikhlas untuk mengajar atau wang ringgit.


SENARAI PELAKON : 

Azean Irdawaty sebagai Cikgu Azian (Pelakon Utama)
Jalil Hamid sebagai Cikgu Syukri (Pelakon Utama)
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Cikgu Bakar (Pelakon Utama)
Benjy (Pelakon Pembantu)
Dilla Ahmad (Pelakon Pembantu)
Chef Wan (Pelakon Pembantu)
Jaafar Onn (Pelakon Pembantu)
Louisa Chong (Pelakon Pembantu)
Trio SMWM1 : Ajoy, Azam dan Allahyarham Nas (Pelakon Pembantu)



Trio SMWM1 dalam 'Baginda' : Ajoy (kiri), Allahyarham Nas (belakang) dan Azam (tengah)

SINOPSIS

Baginda mengisahkan dilema yang dihadapi oleh Azian (Azean Irdawaty) seorang guru yang telah mencipta kejayaan di sebuah kolej swasta di ibu kota. Dia juga terpaksa menghadapi pelbagai masalah sekolah swasta yang diwariskan kepadanya oleh pakciknya Mahmud Baginda.
Kolej Mahmud Baginda selepas kematian pengasasnya Mahmud Baginda, bukan sahaja menghadapi masalah para pelajar yang tidak berdisiplin, rendah moral tetapi juga para guru yang hilang minat mengajar.
Kemerosotan Kolej Mahmud Baginda menjadi bahan sindiran Bakar (Jalaluddin Hassan), seorang guru yang mengajar di Kolej Panglima yang jauh lebih berjaya baik dari aspek lulusan pelajarnya mahupun pasukan sukannya.
Pada masa yang sama sekembalinya Azian ke Kolej Mahmud Baginda telah menemukannya semula dengan teman lamanya Syukri (Jalil Hamid) seorang guru sukan yang seperti guru lain di kolej itu hilang rangsangan untuk mengajar. 
Perlawanan bola tampar berlangsung disebabkan oleh cabaran dari Kolej Panglima. Akhirnya Cikgu Azian dan Cikgu Syukri berjaya membimbing pasukan bola tampar mereka dan memenangi perlawanan ini.


KESELURUHAN

Filem menunjukan moral yang tinggi yang perlu ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun gagal dari segi kutipan, filem ini mendapat tempat dalam pelbagai pertandingan. Lakonan yang ditunjukkan oleh Azean Irdawaty dan Jalil Hamid agak bagus. Filem ini mementingkan nilai pengajaran yang tinggi walaupun filem ini bergenre komedi. Filem ini merupakan filem yang bagus kerana tidak mempunyai lawak yang kosong.

LAWAK TEGURAN

Jika dibandingkan dengan filem komedi zaman millenium, contohnya filem Sifu & Tongga, filem ini lebih sesuai ditonton kerana menunjukkan sebuah karya yang bermutu dan sarat dengan kritikan sosial berbanding filem Sifu & Tongga. Sifu & Tongga sekadar ingin memperkenalkan pelakon yang popular, Ahmad Nabil Ahmad dan filem Sifu & Tongga, dilihat sekadar lawak yang tidak memberi mesej kepada penonton.


PENCAPAIAN

Festival Filem Malaysia Ke-13
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Terbaik-Jalil Hamid(Pemenang)
Anugerah Skrin 1998
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik-Aziz M. Osman
Pelakon Wanita Terbaik-Azean Irdawaty






P/S : Trio SMWM1 ini juga pernah menjadi finalis dalam Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1996.Salah seorang daripada mereka iaitu Azam (gambar sebelah paling kiri) kini menjadi seorang guru dan masih bergiat aktif dalam kegiatan seni.Boleh layari blog beliau di mohazamrezali.blogspot.com 

Sumber rujukan : ms.wikipedia.org, www.filemkita.com dan mohazamrezali.blogspot.com

1 comment: