Followers

Saturday, July 13, 2013

Masih Ingatkah Anda 'Rumah Kedai'?



Masa zaman sekolah rendah dulu, sekitar tahun 1989 kalau tak silap, aku sangat suka tengok drama bersiri Rumah Kedai kat TV3 setiap kali bulan puasa sebelum berbuka. Drama bersiri 30 minit dorang tayang dalam pukul 5 atau 5.30 petang camtu ler. Pelakon-pelakonnya kalau yang aku masih ingat lagi, Allahyarham Yusof Mohamad, Kartina Aziz, Harun Salim Bachik, Allahyarham Sudiro Sukirman, Rosnah Mat Aris, Khatijah Tan, Asilah Rafar dan lain-lain. 


Kenapa ek aku suka tengok citer ni? Maybe sebab ni cerita keluarga kot yang ada bisnes rumah kedai. Tahun pertama Rumah Kedai ni, latar tempat masih kedai runcit kat kampung, owner nyer pasangan suami isteri Yusof Mohamad dan Kartina Aziz, tapi aku dah lupa nama watak dorang, Pak Usop kot ngan Mak Jah kot. Pak Usop ni di gambarkan latar belakang agamanya bagus. 

Aku suka tengok watak Kartina Aziz sebab dia nampak motherly dan taat pada suami dalam siri ni. Pernah ada satu episod tu kalau tak silap, macam dia ada wat salah ngan husband dia, menangis-nangis mintak ampun. Dorang ada 3 orang anak kalau tak silap aku, yang bongsu pompuan nama Aisyah. Rosnah Mat Aris rakan sekampung yang wataknya ala-ala Joyah sikit. Aku rasa since drama ni jugak la Kartina Aziz dan Rosnah Mat Aris mula di kenali oleh peminat drama. 

Arwah Sudiro Sukirman terkenal dengan watak Tapa dalam drama ni, pekerja kat rumah kedai tu. Geng dia Harun Salim Bachik, nama watak dia aku rasa macam Remy. Tahun kedua tayang kat TV, bisnes umah kedai dorang tu dah maju la so dorang bukak pasar mini. Since drama ni pun dah lebih 20 tahun aku rasa, so sah-sah la tak banyak mende yang aku ingat. Cuma yang pasti, 'Rumah Kedai' ni sarat dengan kisah-kisah yang selalu terjadi dalam masyarakat. Tak lupa juga nasihat Pak Usop yang mempunyai unsur-unsur keagamaan di setiap pengakhiran episode dengan cara bersahaja.

Tapi ini antara mende yang aku teringat setiap kali bulan puasa... Aku rasa macam dok terngiang-ngiang lagi lagu tema drama ni kat telinga aku ni...



P/S : Aku rasa inilah antara sebab-musabab puasa dan aidilfitri kita di zaman kanak-kanak dahulu begitu meninggalkan kesan... ~miss a great time~


4 comments:

  1. kesian budak2 lahir tahun 00an....

    ReplyDelete
  2. Tempat dia berlakun pun kat AU3 keramat je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat mana tu yer exactly? Harap dapat ambil gambar atau beri info.boleh post pada page orang wangsa maju jika ada gambar utk dikongsi bersama.timasih!

      Delete