Itu je yang terlintas dalam kepala kalau terpandang atau teringat sekolah rendah ni.
Terletak di pinggir kawasan perumahan Seksyen 1, sekolah ini kini tenggelam dengan kemunculan bangunan-bangunan di sekelilingnya seperti Alpha Angle, Menara Kautsar, Pejabat dan blok perniagaan seksyen 1, stesen minyak Mobil dan Shell.
Hmmm... tentu murid-murid yang otai-otai masih ingat, sebelum sekolah ini dibuka pada tahun 1987, kebanyakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah yang paling dekat seperti Sekolah Kebangsaan Klang Gate.Masih ingat lagi Uncle Bas kaler kuning yang berbangsa India tu jadi pemandu rasmi budak-budak sekolah rendah kat Klang Gate tu.
Untuk makluman anda, pada 31 Mac 2012 telah diadakan sambutan Jubli Emas yang pertama untuk SKWM1 ni.Mak aiii... dah 25 tahun rupanya sekolah ni.Sebab tu aku cakap sekolah ni evergreen.Nampak macam baru je kalau pandang daripada jauh.
Serba sedikit kenangan aku masa sekolah kat sini,
1. Ingat lagi air milo free yang MILO bagi minum tiap-tiap tahun?
2. Projek bolasepak MILO yang aku tak layak sertai kat padang sekolah.hehehe...
3. Rumah sukan Rajawali, Garuda, Cenderawasih dan Kasawari.Aku Cenderawasih, selalu fight ngan Kasawari untuk tempat tercorot sukan tahunan.hehehe...
4. Kempen buka akaun BSN modal singgit.Dah tutup dah akaun tu...
5. Kempen gosok gigi kat sekolah.Ingat lagi bawak berus gigi pastu nurse ajar gosok kat tepi longkang sekolah? uwekkk...
6. Projek makanan tambahan.Sape dapat mesti keluar awal rehat.
7. Main galah panjang kat court sekolah.
8. Main teng teng atau guna kemuncup collect embun kat tangan masa tunggu loceng masuk kelas berbunyik.
9. Masa perhimpunan ada Baris Sedia! macam askar der...
10. Latihan kawat untuk pertunjukan sukan tahunan.Sabar jela...ngan panas terik berlatih.
11. Pertunjukan Silap Mata oleh S.A Bakar kat kantin sekolah tiap-tiap tahun.
12. Lepas kul 7.30 pagi, murid-murid tak boleh naik hantar beg ke kelas.Pengawas tak bagi!
13. Kempen minum susu kotak cokelat kat sekolah.Mesti antara korang pernah cirit birit minum.hahaha...
14. Wakil jualan nasik lemak, bihun, mee goreng, kuih muih kat dalam kelas korang.Lagi sedap daripada yang jual kat kantin tu ha..Dah lupa?
15. Kelas komputer tiap-tiap petang kat tingkat atas sekali tu.Komputer bukan cam sekarang.bukak-bukak kosongje monitor.semua kena pakai disket.Datang kelas bukan nak belajar, semua nak main game lepas kelas.Sabarjela...
Inilah S.A Bakar kepada sesiapa yang lupa (Filem Sikit Punya Gila)
Dan banyak lagila kenangan.tu belum cerita aktiviti ko-kurikulum masa hari Sabtu...
OK... kita citer pasal cikgu plak.Masa zaman aku dulu cikgu-cikgu yang popular adalah Cikgu Rokiah Sulong, Cikgu Rasyid, Cikgu Jayakumar, Cikgu Rahman, Cikgu Maizal, Cikgu Nordin, Teacher T.Michael, Cikgu Azman, Ustazah Halimah ngan Cikgu Miss Oii (ada dua Miss Oii masa tu).Hmmm...apala khabar cikgu-cikgu ni sekarang yer...
Sekarang blok bangunan pun dah bertambah bila matapelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan.Sekolah pun dah nampak cantik tapi pagar dah pakai batu konkrit.Macam penjara la pulak bila tengok.
Daripada maklumat yang aku dapat, kemuncak ramainya murid ialah pada tahun 1996..Lepas tu murid makin kurang sebab munculnya sekolah-sekolah baru macam sekolah wangsa melawati dan sekolah rendah seksyen 5.
Tinggallah kenangan mengusik jiwa, teringat pulak lirik lagu yang kebetulan tengah famous masa tu (aku dah lupa sapa yang nyanyi tapi yang pasti dia group rock kapak)...
Betapa pun manis
Dan indah kisah kita semalam
Terpaksa ku biarkan berlalu
Bersama detik perpisahan
Oh kenangan
Semoga takkan lagi mengganggu
Agar fikiran ku tak bercelaru
Kerana mengingatimu
Akan ku hapuskan rindu yang mengusik
Hati sepi ku kala bersendiri
Kenangan semalam
Bukan lagi untuk esok hari
Memang sudah menjadi suratan
Tiap yang bermula akan berakhir
Begitulah pertemuan
Tidak mungkin seindah perpisahan...
P/S : Memang aneh... dah 22 tahun aku masih ingat lagi lirik ni.hehehe...
THE VIDEO DEDICATED FOR YOU!
Credit to kawan-kawan kita tiga orang ni, Zulfadzly (anak Cikgu Rokiah Sulong), Amirul (Milo) ngan Goh Kai Urn sebab edit kenangan kita semua dengan bergayanya.Aku suka bab bila soundtrack citer Rocky masuk tuh!!!
Kelas-kelas dinamakan dengan nama 1 Maju 1, 1 Maju 2, 2 Maju 1, 2 Maju 2, etc.... Masih sama lagi ke sekarang yer??
ReplyDeleteGua naik bas len seng gi sekolah rendah setapak daa.. Tak main la naik bas sekolah. Satu lagi mana gi wak yg naik beskal jual nasi lemak ngan mee goreng tu? Tak dapat lagi feel nasi lemak sambal manis camtu sekarang
ReplyDeletehuwaaa...nangessss!!!!!
ReplyDeletePecah rahsia nangis...hahaha.
DeleteSapa igt rombongan ke cameroon highland dgn cikgu rashid dlm bas siap2 nyanyi lagu suci dalam debu.....
ReplyDeleteaku x ingat sape duk sblah aku...... yg aku ingat sampai cameron awal pagi mandi kt surau@masjid air sejuk giler.....
DeleteCikgu Azman Ishak sekarang berkhidmat di bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah.
ReplyDeletefuhhh.. kenangaaann.. teringat dulu masa kat sekolah, aku la pelajar perempuan yg paling nakal sekali hahahaahahah.. tapi semuanya masih fresh dlm ingatan...
ReplyDeleteselain dari sekolah klang gate, ramai jugak student SKWM 1 yang sebelumnya bersekolah kat SK Setapak..masih ingat lagi, bila SKWM 1 dibuka tahun 1987 untuk student, kelas bagi darjah 4 kat SKS berkurangan dari 4 kelas kepada 3 kelas..punyalah ramai student dari WM yang study kat SKS...
ReplyDeletesape yg sekolah kt sana tahun 1991-1993/1994 mesti kenal sorang cikgu paling cun..cikgu Azleena Dato' Hj Abd Kadir...mane ntah cikgu tuuu...misz soo much 4 maju 6 - 6 Maju 6 (tahun 1991-1993)..hehhhhh... :)
ReplyDeleteCikgu tu lawa jugak ooo
DeleteYang part wak tu aku sentiasa ingat....dalm kotak atas basikal die tu, macam macam jenis kuih pun ade.
ReplyDelete1988-1993 kat SKWM1
ReplyDeletekenangan tgok video tu sbb tersesat gak gambar aku .....hahaha
kenangan Manis
ReplyDeleteSalam & Hi semua :) tersenyum baca kisah ni, buat terkenang je zaman sekolah situ. Sekarang ni anak2 sekolah di situ pula. Sekolah sedang merancang makan malan bersalam alumni, tentative tarikh 17/12/2022 ni. Nanti, kalau dah confirm saya share sini ye. Harap alumni2 semua dapat bagi sokongan pada sekolah kesayangan zaman kanak2 kita :)
ReplyDelete