Followers

Showing posts with label Fasiliti. Show all posts
Showing posts with label Fasiliti. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Ikon Wangsa Maju : Alpha Angle Jaya Jusco (Kini AEON)


Alpha Angle Jaya Jusco dan Wangsa Maju berpisah tiada...

Inilah ikon Wangsa Maju semenjak tahun 1992.
Kalau orang luar bertanya, "Awak duduk (tinggal) di mana?"
"Saya duduk di Wangsa Maju..."
"Wangsa Maju? Kat Jaya Jusco tu?"
Pasti Jaya Jusco seboleh-boleh nak dikaitkan dengan Wangsa Maju. Sekarang dah boleh tambah dua lagi ikon, Carrefour (AEON Big) dan Wangsa Walk pulak. Hahaha...

Dulu ketika awal pembukaan Wangsa Maju nih, langsung tidak ada satu shopping complex pun yang nak dibanggakan melainkan kawasan perumahan semata-mata. Waktu itu mak ayah kita akan shopping sampai ke KL macam Sogo, Jalan Masjid India, Yaohan, Sungei Wang dan sebagainya. 

Tapak asal Alpha Angle ni sebenarnya bekas lombong yang mempunyai takungan air dan bertanah lembah. Saya masih ingat lagi ketika saya masih bersekolah rendah dulu, kawasan ini ialah kawasan untuk budak-budak bermain basikal bmx ala-ala X-Games dan tempat menyauk ikan talapia. Seronok betul zaman kanak-kanak masa tu...

Di awal tahun 1991, tiba-tiba satu projek pembinaan shopping complex pun bermula di tapak bekas lombong itu. Pembinaan siang malam keletang-keletung tanpa henti yang mengambil masa hampir 2 tahun itu akhirnya siap pada penghujung tahun 1992. Masa tu kecoh di bincangkan dalam kelas pasal buruh-buruh tak puasa yang selamba je minum waktu bulan puasa waktu siang. Masa tu mana la kitaorang tau sangat bab hukum-hakam ni. Tapi yang jelas dan masih diingati, memang kami asyik kutuk je buruh-buruh tu tak puasa. Hahaha...



Kalau anda masih ingat lagi, pembukaan Alpha Angle Jaya Jusco ini agak grand jugak. Alpha Angle dirasmikan oleh Datuk Bandar KL ketika itu iaitu Tan Sri Elyas Omar. Siap ada konsert Ella lagi masa hari pembukaan. Masa tu manusia kat situ mak aih... padat giler! Nak jalan pun memang berselisih bahu. Keadaan ini kalau tak salah saya berlanjutan sampai 2 minggu. Hebat tak hebatla Alpha Angle ni dulu...




Antara keunikan yang ada atau pernah ada di Alpha Angle Jaya Jusco :

1. Alpha Angle mempunyai deejay yang best dan jam loceng Snow White and 7 Dwarfs (tergantung betul-betul di tengah ruang kosong Alpha Angle groundfloor) yang cukup popular dulu. Setiap sejam pertunjukan Snow White ini akan berlangsung dan tiba-tiba pelanggan akan terpana sebentar melihat keunikan jam ini. Ada sumber mengatakan jam ini berharga 3 juta USD yang di sewa daripada US sebelum diambil semula oleh owner. Saya rasa adalah dalam 5 tahun jugakla deejay dan jam loceng ni bertahan. 

2. Panggung wayang gambar... saya dah tak ingat TGV ke GSC ke atau apa. Tapi yang pasti memang kalau orang datang Alpha Angle ni selain bershopping, mesti datang nak tengok wayang. Inilah satu-satunya pawagam di kawasan Setapak, Ulu Klang dan Gombak. Tapi pawagam ni dah lama tutup. Mungkin rugi sebab ramai masuk free je kot sebab kawan-kawan gak yang kerja kat situ. Hahaha...

3. Pusat permainan video dan kanak-kanak... Agak besar tempat ini sebelum menjadi kecil pada hari ini. Memang ramai orang datang main kat sini termasuk budak-budak sekolah (yang berpakaian uniform sekolah tidak dibenarkan masuk). Game-game masa tu memang setanding dengan game yang ada kat Pertama dan Sungei Wang Plaza.

4. MPH Bookstore... sampai hari ini masih ada dan bertahan. Memang jadi tumpuan kepada pelajar-pelajar seperti saya yang tau baca tapi tak tau beli sebab duit tak ada. Hahaha...

5. Penerapan budaya kerja Jepun kepada pekerja-pekerja Jaya Jusco... Ini dapat diperhatikan ketika awal pembukaan perniagaan dan ketika penutupan premis. Mereka akan berbaris di setiap pintu masuk untuk tunduk dan mengucapkan selamat datang atau terima kasih. Saya masih ingat lagi ketika di awal pembukaan Jaya Jusco, semua pekerja akan berhimpun di atas tempat parkir kereta untuk bersenam pada pukul 9.30 pagi setiap hari.

Ada banyak lagi keunikan tempat ni macam Hari 'J Card'... Memang penuhla parking kereta sampai penuh kat tepi jalanraya utama. Memang sesak sekejapla seksyen 1 kalau ada hari 'J Card' ni. Orang yang member 'J Card' je ada dapat diskaun. Yang takder J Card tak dapat diskaun. Nasib baik buat setahun sekali. Kalau buat sebulan sekali mau jem teruk jalan kat seksyen 1 ni.

Tak lupa juga Jaya Jusco sebagai mata pencarian atau part time masa zaman saya habis SPM dulu. Memang seronok kerja ngan kawan-kawan dalam satu shopping complex. Kat Jusco ada kawan, kat Foodcourt ada, Ayam Dinding's pun ada, pawagam ada, tu yang tak jadi kerja tu. Asyik nak memain jer. Banyak kali kena tangkap mengular ngan supervisor sampai ada yang kena blacklist! hahaha...



P/S : Penulis pernah tengok customer selamba je pakai kain pelikat ngan singlet masuk Alpha Angle. Jatuh prestige Alpha Angle sekejap haritu. Inilah akibatnya shopping complex dekat ngan kawasan perumahan orang. Hahaha...


Wednesday, May 15, 2013

Kerja Naik Taraf Jalan Genting Kelang Sehingga 2015




Kerja menaik taraf Jalan Genting Klang akan bermula esok hingga Mac 2015 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda lalu lintas dan memandu dengan berhati-hati.

Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Ismail Stapa berkata, kerja naik taraf itu akan bermula dari persimpangan Jalan 1/27A hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah II.

"Ia melibatkan pelebaran sebahagian Jalan Genting Klang sepanjang 1.5 km daripada empat lorong kepada enam lorong dan kerja-kerja tanah, menanam cerucuk serta membina tembok penahan di sebelah kawasan hijau dan cerun Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerja itu juga melibatkan pembinaan dua jejantas pejalan kaki di persimpangan Taman Bunga Raya dan persimpangan jalan masuk ke Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju; menjajar dan membina semula longkang aliran air hujan sepanjang lima kilometer, serta membuat pengalihan utiliti seperti paip air, kabel elektrik dan kabel telekomunikasi. - BERNAMA

Thursday, May 9, 2013

It's All About PUTRA LRT Station Wangsa Maju


Wangsa Maju PUTRA LRT station is an elevated rapid transit station in northern Kuala Lumpur, Malaysia, forming part of the Kelana Jaya Line. The station was opened on June 1, 1999, as part of the line's second segment encompassing 12 stations between Masjid Jamek station and Terminal PUTRA (not including Sri Rampai station) and an underground line.

Location

Wangsa Maju station is the third last station northwards to Gombak.
The station is situated directly within the northern Kuala Lumpur sub-urban of Wangsa Maju. The station, located along the main thoroughfare of Jalan 1/27A (Malay; English: 1/27A Road) running from the northwest to the southeast, is wedged between two residential estates: Section 1 of Wangsa Maju to the southwest and Desa Setapak (Setapak Countryside) to the northwest, with Section 2 of Wangsa Maju located further northwest. In addition to accessibility from Jalan 1/27A, the station is also connected via Jalan 16/27B (16/27B Road),Desa Setapak's residential road.
Due to its proximity to various shopping centres and two higher education institutions - which are TARC and UTAR - in the region, the station is usually busy during the weekdays.





RapidKL Services

Wangsa Maju LRT station is also a rapidKL bus hub for local shuttle bus routes, including:
U20 : Lebuh Ampang - Taman Melawati via Wangsa Maju LRT - Lebuh Ampang
U24 : Bukit Bintang KL Monorail - Section 2 Wangsa Maju - Bukit Bintang KL Monorail
U34 : Wangsa Maju LRT - Ampang Point - Wangsa Maju LRT
T205 : Wangsa Maju LRT - Taman Melati LRT - Wangsa Maju LRT
T301 : Wangsa Maju LRT - Taman Permata - Wangsa Maju LRT
T302 : Wangsa Maju LRT - Section 10 Wangsa Maju - Wangsa Maju LRT
T304 : Wangsa Maju LRT - Taman Melawati - Wangsa Maju LRT
T305 : Wangsa Maju LRT - Ukay Perdana - Wangsa Maju LRT
T312 : Wangsa Maju LRT - Jalan Genting Kelang - Wangsa Maju LRT via Jalan Usahawan, KTAR and UTAR

Wednesday, May 8, 2013

Kehidupan Manusia Melalui Kaca Tingkap Bas #49 Dan #195

Apakah pengangkutan utama korang kalau nak pergi KL masa era 90-an dulu? Takkan naik kete sendiri kot? Naik teksi? mahal tu! Mana ada duit sangat, keje pun tak lagi. PUTRA ngan STAR takde lagi masa tu.

Bagi orang WM, bas mini #49 ngan bas Len Seng #195 memang cukup signifikan dengan kehidupan kita masa tu. Terutamanya bas mini bernombor #49! Sebabnya bas pink ni memang hardcore atau berani mati nak sapu customer punya pasal. Pernah sekali aku pernah tengok bas mini ni selamba je redah devider jalan (masa tu pagar devider kat jalan utama PUTRA WM belum ada lagi) semata-mata nak amek penumpang yang ramai kat bus stop sebelah jalan. Sepatutnya bas ni kena tunggu penumpang dulu kat seksyen 2 (masa tu bus stop kat selekoh seksyen 2 berdekatan restoran mamak Bunga Emas adalah starter point bagi bas mini dan bas Len Seng). Sebab tu aku cakap bas mini (driver) dia ni memang hardcore. Kalau JPJ ronda nampak tu memang masyak tuh. Itu belum cerita drive giler-giler laju. Hahaha...




Oklah, bagi sesiapa yang dah lupa (takde lupa lah korang), Bas Mini #49, Bas Len Seng #195 termasuk W12 ni route dia Wangsa Maju (termasuk seksyen 10, Taman Bunga Raya dan Sri Rampai) dan ending Lebuh Ampang kecuali bas mini ending kat Lot 10. Masa sekolah dulu atau lepas SPM, aku memang suka naik bas mini #49 pergi Lot 10 sebab dekat ngan Sungai Wang Plaza. Kalau tak pun gi Pertama Kompleks atau Sogo. Pergi sana buka buat hapa pun. Cuci-cuci mata, main-main game 20 sen, makan-makan ngan member pastu balik. Tapi memang syokla life masa tu nak-nak plak kalau kluar ngan member ramai-ramai. Naik-naik je bas terus serbu seat belakang, pastu buat huru hara kacau awek ke hapa ke... conteng-conteng pakai marker pen kat belakang seat, lipat-lipat tiket pastu selit kat celah-celah tingkap, bila tiket inspektor naik baru kelam kabut carik. Betul-betul separa jahiliyah tulla kita orang masa tu. Hehehe...

Tapi bukan setakat merewang je sebabnya kita orang naik bas ni. Kadang-kadang kalau nak gi tuisyen ke (ramai yang tuisyen dekat area Pasar Seni dulu sebab famous pusat tuisyen tu tapi nama aku dah lupa) atau gi tengok wayang kat Pasar Seni (masa dulu ada pawagam Cathay kat sana). Kalau nak gi Muzium atau Taman Burung pun kena naik bas gi Lebuh Ampang dulu, pastu kena jalan kaki sikit lalu Dayabumi ngan Masjid Negara. Tapi masa tu kaki kuat lagi bolehla. Sekarang ni je jadi malas semenjak ada kereta.
Kenangan yang paling tak dapat aku lupakan ialah masa naik bas mini dari bus stop Jalan Silang kat depan Menara Maybank pergi ke Plaza Phoenix kat Cheras (sekarang dah tutup kompleks tu). Punyala ramai orang konduktor tu sumbat, nasib baik aku dapat tempat duduk. Tapi kepala aku pening sampai nak pitam sebab macam-macam bau dalam bas tu termasuklah bau rokok Gudang Garam. Pastu rilek je driver tu pasang lagu dangdut kuat-kuat sampai speaker pecah. Mak aiihhh... sabarjela!

Tiket bas Len Seng (sediakan duit syiling secukupnya!)

Bas mini semasa di pamerkan kat Muzium Negara (Mercedez tu... patut la laju)

Bus stop Lot 10, hentian terakhir bas mini #49

Sungei Wang Plaza (port main game 20 sen terbaik!)

Bus stop @ Lebuh Ampang, hentian terakhir bas Len Seng #195

Untuk pengetahuan korang, perkhidmatan bas mini dihentikan mulai 1 Julai 1998 dan digantikan dengan perkhidmatan bas Intrakota dan kemudiannya, Bas rapidKL pada tahun 2005.

P/S : Masa aku form 4 ngan form 5 kat sekolah asrama Kuantan dulu, bila balik KL masa cuti je aku suka turun bas kat Puduraya pastu jalan kaki ke Lebuh Ampang dan sambung naik bas balik ke Wangsa Maju. Bukan tak boleh bas daripada Kuantan tu berenti kat Greenwood (Gombak) pastu mintak tolong ayah aku amek, tapi bila naik bas kat KL ni aku suka tengok kehidupan manusia daripada tingkap bas sambil dengar lagu-lagu feveret pakai walkman sebab aku tau ia akan jadi kenangan manis aku suatu hari nanti dan sebagai sebahagian suka duka aku sebagai anak yang membesar di kota Kuala Lumpur yang serba mencabar ni...Terima kasih kepada Bas Mini #49 dan bas Len Seng #195 kerana jadi sebahagian daripada hidup aku!!!



Monday, April 29, 2013

Tangkap Udang Sungai @ Taman Rimba Templer, Rawang

Ahad semalam aku ngan family dah tak tau dah nak pergi mana.Kitaorang ni sebenarnya minat pergi mandi manda kat sungai sambil layan nature.Anak aku yang sulung tu memang suka main pasir.Bila fikir-fikir balik mana la port yang menarik selain Ulu Yam... kat sana kalau weekend memang penuh orang.Kerete je memang payah nak parking.Semua lot mandi manda konpem 'FullHouse'.Tambahan lak geng-geng mat rempit suka sangat tunjuk bakat dorang kat jalanraya Empangan Batu sana.Sangat-sangat tak berkenan aku...
Apa lagi tempat mandi yang dekat-dekat KL ni yea.... selain Ulu Yam? Aku tau kawasan mandi-manda yang hampir dengan KL ni banyak macam Air Terjun Kemensah, Empangan Klang Gate, Hutan Lipur Lentang Karak, Sungai Janda Baik Bentong, Sungai Bukit Belacan, Sungai Congkak, Sungai Pangsun, Sungai Pisang Gombak, Sungai Lagong Selayang, Air Terjun Hutan Lipur Templer dan Air Terjun Semenyih.
Masalahnya semua tempat yang aku sebut ni semua dah pergi dan ada antaranya kitaorang malas nak repeat dah sebab faktor-faktor kebersihan air dan persekitaran setempat.Last-last dah tak tau nak pergi mana, hmmm... baik mandi sungai kat Hutan Lipur Templer Rawang jela... Boleh bagi kera makan snek.Hehehe...
Sampai je kat sana aku lalu satu tempat yang dipanggil Hutan Rimba Templer (dekat-dekat area situ jugak).Sebelum ni aku tau ada sungai kat situ cuma malas nak pergi sebab tu kawasan budak-budak PLKN buat latihan.Tapi aku fikir baik aku survey sana mana tau ada port lagi menarik? Sebelum ni aku masuk-masuk pintu gerbang terus pusing kiri sebab situ ada taman, kedai makan ngan taman permainan kanak-kanak.Kalau jalan terus nampak macam jalan mati.Jalan pun tak brape elok.Tapi hari ni kita jalan terus untuk survey, bosan punya pasal.
Jalan punya jalan jumpa baik punya port baru.Tempat pun cantik dan yang penting tak ramai orang! Adala dalam 3 famili je yang mandi manda kat sana weekend-weekend macam ni.Heran gak aku... Aku pun tanyela satu brader tu, dia cakap orang tau tempat ni tapi banyak orang lebih suka pergi Air Terjun kat Hutan Lipur Templer.Kat situ ada air terjun dan banyak kera, tempat makan dan kemudahan lain.Kat sini kurangla sebab takde tempat makan dan kemudahan, pastu kalau ada budak-budak PLKN memang jadi ramai tempat ni.Tapi kalau program PLKN dah abis, tempat ni jadi best sebab takde ramai orang.

Ooooo.... itu macam ka?

Mini dam... 

Kemudahan parking... kosong time weekend! Jalan atas tu menghala ke swimming pool awam.

Tandas awam... malangnya berkunci hari tu.

Aktiviti tangkap udang sungai... spesis yang terancam.

Model tak berbayar... hehehe.

Air sungai yang cetek... sesuai untuk budak-budak mandi manda.

Taman permainan kanak-kanak... masih tidak dicemari dengan unsur-unsur vandalisma lagi.

Anak aku yang sorang ni takut air...

Pintu gerbang jadi pedoman kepada sesiapa yang berminat nak datang sini.

Seekor kera kelihatan disini...selamba je blah lepas selongkar tong sampah.

Saturday, April 13, 2013

HAT Tuanku Mizan Di Seksyen 2 Untuk Anggota Tentera Sahaja?



Gambar ihsan UPNM

Pintu Masuk HAT (Gambar ihsan mycen.com)

Terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju, Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan adalah kesinambungan kemudahan perubatan untuk angkatan tentera Malaysia selepas Hospital di Terendak, Lumut dan Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

HAT memainkan peranan sebagai penyediaan perkhidmatan perubatan, pendidikan, latihan, penyelidikan dan pembangunan perubatan yang dijalankan secara efektif oleh pasukan angkatan tentera Malaysia.

Hospital ini masih dianggap baru dikalangan rakyat Malaysia terutama warga Wangsa Maju apatah lagi fasiliti dibina berhampiran kediaman orang ramai iaitu di Seksyen 2, Wangsa Maju.

Berbalik kepada persoalan yang sentiasa bermain di fikiran warga WM...
Bolehkah orang awam mendapatkan khidmat perubatan di hospital ini?

Jawapannya BOLEH dengan syarat untuk hal-hal kecemasan sahaja yang memerlukan rawatan dengan segera.Ini diakui sendiri oleh seorang pegawai kanan tentera berpangkat di dalam salah satu laporan akhbar tempatan.

Ini juga diakui oleh petugas ambulan Hospital Besar Kuala Lumpur tempohari semasa saya memanggil ambulan kerana salah seorang ahli keluarga saya memerlukan rawatan dengan segera.Ternyata mereka mempunyai kerjasama rangkaian perkhidmatan walaupun berbeza nama dan pengurusan.

Dan yang pentingnya, ada beberapa maklumat mengatakan kemudahan di sini memang ada class.. dan yang bagitau tu pun dapat rawatan sebab bersalin kat sana.Kalau kita tengok daripada luar,  rupa bangunannya pun kita dah tau kemudahan dia macam mana.

So, kepada mereka-mereka yang bercadang nak pergi hospital ni, sila jangan daftarkan sakit anda yang ringan-ringan macam demam ke, batuk-batuk ke, pening-pening lalat ke... bagilah kerjasama sikit.Ada masa pergilah ke hospital yang terdekat macam GH ke, Hospital Selayang ke, Tawakal ke, Pusrawi pun dekat.HAT ini kalau boleh tu untuk kemudahan anggota tentera sahaja.Jadi mereka tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan.

P/S : Saya kalau tak sihat badan, pergi Klinik Kita kat traffic light simpang masuk Wangsa Maju tu.Dekat pun dekat.Nak dekat lagi pergi Klinik Dr. Nadir atau Dr. Hasni.Hehehe...