Followers

Monday, June 15, 2015

Fesyen 'Windbreaker' Zaman 90-an

Salah satu fesyen yang pernah menjadi kegilaan remaja di Wangsa Maju dulu sekitar tahun 1995 sehingga 1998 ialah mengenakan 'Windbreaker' tak kira siang atau malam.Okay... sebelum kita bercerita lebih jauh, mari kita kenali apa itu windbreaker.
Windbreaker ialah satu istilah pakaian yang diperbuat daripada bahan sintetik untuk dipakai bagi menghalang badan si pemakai daripada terkena angin sejuk dan air hujan yang renyai.Windbreaker cukup popular di Amerika Utara dan Jepun.Penduduk sana memakai windbreaker semasa awal musim panas dimana angin sejuk masih lagi bertiup.
Walaubagai manapun, ketika zaman 90-an, windbreaker cukup digemari oleh remaja Malaysia.Bukan sahaja nampak sporty, malahan memang cuaca di Malaysia terutama di bandar termasuk Wangsa Maju ketika itu masih dapat menikmati suhu yang sejuk kerana kesan 'Rumah Hijau' masih belum menunjukkan kesannya.
Kesan Rumah Hijau dapatlah ditafsirkan sebagai kegagalan keseimbangan dimana bumi tidak dapat melepaskan haba ke atmosfera kerana terperangkap dalam lapisan perangkap yang dicipta oleh manusia sendiri kesan daripada pembebasan bahan api fosil daripada kenderaan yang semakin banyak saban tahun, pembebasan CFC yang membentuk lubang di lapisan ozon, penebangan pokok-pokok yang tidak terkawal dan banyak lagi jenis pencemaran.
Sebab itu dulu kita masih dapat rasa sejuk sampai ke tengahari berbanding sekarang kalau hujan waktu malam pun masih terasa bahang.Perasan tak dulu-dulu lepas hujan kita dapat dengar bunyi katak 'ong ong' begitu kuat kedengaran berkaraoke.Tetapi sekarang? Ke mana mereka pergi?

No comments:

Post a Comment