Ketidakstabilan politik, skandal dan fitnah yang tidak bernoktah, perpaduan rakyat yang goyah, MH370 dan MH17, pencerobohan Lahad Datu, jenayah berleluasa, banjir besar Pantai Timur dan terbaru gempa bumi di Sabah.Kadang-kadang aku rindu Malaysia zaman sebelum 1998.Itulah zaman kegemilangan kita.Zaman di mana ada rancangan tv 'Alam Ria Cuti Sekolah', 'Mega Movie', 'Maero Attack' dan 'Rumah Kedai', zaman buku Dewan Pelajar, Bambino, Al-Ain, Tok Awang Ngah dan Tamar Jalis dibaca, zaman lagu-lagu evergreen tercipta, zaman kanak-kanak boleh berjalan-jalan di kaki lima tanpa rasa takut, zaman di mana permainan rakyat di mainkan, zaman ada 'Larian Jantung Hatiku', zaman kita sangat kenal siapa Datuk Bandar KL dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, zaman di mana Thailand, Indonesia dan Singapura belasahan Harimau Malaya, zaman KL pegang Piala Malaysia 3 tahun berturut-turut, zaman anak-anak Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang membantu Malaysia merampas Piala Thomas, zaman team takraw Thailand goyang dengan libasan pemain kita, zaman di mana kita hormat dan takut dengan guru-guru kita... banyak sangat! Dan yang paling aku ingat, aku bangga bangun pagi menonton tv siaran langsung sambutan kemerdekaan kat Dataran Merdeka setiap tahun.Selepas tahun 1998, segala-galanya berubah.
Ya Allah... Selamatkan Malaysia.Aku inginkan yang terbaik untuk negara ini.
No comments:
Post a Comment