Followers

Sunday, April 14, 2013

Desas Desus Calon PRU13 Wangsa Maju

Parlimen Wangsa Maju, dianggap kawasan panas kerana terbukti ramai pengundi atas pagar yang bakal menentukan wakil P116 ke Parlimen Malaysia.
Komposisi pengundi mengikut kaum juga menyaksikan keseimbangan antara pengundi Melayu dan Cina.
Mengikut statistik terbaru, jumlah pengundi yang layak bagi PRU13 untuk P116 ialah berjumlah 67,858 orang, peningkatan sebanyak 13,349 orang berbanding PRU12.
Untuk maklumat, penyandang kerusi P116 ialah YB Wee Choo Keong, calon PKR yang kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas disebabkan kemelut politik dalaman.Beliau menang pada tahun 2008 dengan majoriti kecil sebanyak 150 undi mengalahkan calon BN, Datuk Dr. Yew Teong Look.
PRU13 tahun ini menyaksikan calon PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong, telah diumumkan akan bertanding di sini oleh Pengerusi PR, DS Anwar Ibrahim semasa sesi jelajah beliau ke seluruh negara baru-baru ini.
Itu di pihak PR, di pihak BN lain pula ceritanya.Semua masih menunggu calon yang akan diumumkan oleh Pengerusi BN, DS Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.
Sumber-sumber blog mengatakan kerusi yang selama ini diberi kepada MCA akan dipulangkan semula kepada calon UMNO memandangkan Pengerusi BN Wangsa Maju telah berpindah tangan daripada Datuk Dr. Yew Teong Look kepada pengerusi yang baharu iaitu Dato' Dr. Shafie Abdullah.
Desas desus juga menyebut Dato' Dr. Shafie Abdullah bakal menggantikan calon MCA di Parlimen Wangsa Maju.Walau bagaimanapun, keputusan akhir terletak pada kata putus Pengerusi BN yang akan menamakan calon pada bila-bila masa sahaja.
PRU13 Wangsa Maju kali ini nampaknya lebih meriah dan sengit kerana akan wujud perlawanan 3 penjuru antara penyandang YB Wee Choo Keong yang bertanding atas tiket bebas dengan wakil PR dan BN.
YB Wee Choo Keong semasa temuramahnya bersama wartawan MalaysiaKini, berikrar akan mempertahankan kerusi ini kerana tidak sanggup mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh warga Wangsa Maju pada PRU12.Beliau menegaskan, lebih selesa berada dalam kelompok bebas kerana bebas untuk mengutarakan apa sahaja masalah rakyat berbanding terikat tangan dan mulut ketika berada dalam PKR.

Sumber rujukan : Gelombang Wangsa Maju, PRU 13, Malaysiakini, Keadilan Daily.


YB Wee Choo Keong ketika ditemuramah.

P/S : Warga Wangsa Maju dah bijak berpolitik sekarang.Semua buat tunggu dan lihat.Tidak fanatik kepada mana-mana parti politik kerana majoriti inginkan negara yang tenteram dan makmur.Ahli politik datang dan pergi.Kalau kita ikut, kita sekali akan pergi.So jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi.Mengundilah dengan rasa bebas kerana ini adalah PILIHANRAYA, bukannya KETETAPANRAYA.Jauhi sumber-sumber yang diragui kesahihannya kerana ini bermulanya fitnah.Dengar boleh, percaya jangan...

2 comments: