Followers

Monday, July 15, 2013

10 Istilah Popular Sepanjang Bulan Ramadhan


Apabila munculnya bulan Ramadhan, terdapat beberapa perkataan yang kerap disebut, malah mungkin dipertuturkan setiap hari oleh masyarakat negara ini khususnya yang beragama Islam. Berikut merupakan istilah-istilah yang akan disebut sekurang-kurangnya sekali dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

1. NIAT - Sehari sebelum 1 Ramadhan, perkataan ini bukan sahaja akan disebut berulang-ulang kali, malah latihan membaca niat turut dilakukan terutama kanak-kanak. Ibadah puasa tidak diterima jika tidak membaca niat.

2. SAHUR - Golongan suri rumah mahupun wanita bujang akan sibuk sepanjang Ramadhan menyiapkan hidangan untuk bersahur. Biasanya ayat yang kerap disebut adalah seperti berikut : "Nak masak apa untuk sahur nanti?"

3. BERBUKA PUASA - Masyarakat umum kerap menyebutnya dengan berkata : "Ehh... nak berbuka puasa di mana ya?" ataupun "Nak berbuka apa kita hari ini?"

4. TARAWIH & WITIR - Solat sunat yang dituntut ini menjanjikan pahala yang besar kepada mereka yang mendirikannya. Solat tarawih boleh dilakukan 8 rakaat atau 21 rakaat dan diakhiri dengan 3 rakaat solat witir.


5. BUFET RAMADHAN - Kesibukan bekerja sebahagian besar masyarakat bandar yang tidak sempat memasak menyebabkan munculnya pakej bufet Ramadhan yang disediakan di restoran atau hotel bagi memenuhi keperluan tersebut. Seringkali bufet Ramadhan dikaitkan dengan isu pembaziran terutamanya di hotel-hotel.

6. LAILATUL QADAR - Malam yang hanya ada di bulan Ramadhan yang mulia dan ia adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Terjadinya malam yang mulia ini menjadi rahsia kepada umat Islam. Hanya mereka yang terpilih atau diizinkan Allah SWT akan dapat menikmati malam yang segala doa akan dimakbulkan ini.






7. TAMAR @ KURMA - Perkataan kurma lebih kerap disebut berbanding tamar walaupun kedua-duanya merujuk kepada buah yang sama. Rasulullah SAW akan berbuka dengan menjamah kurma terlebih dahulu sebelum menikmati makanan yang lain. Amalan ini menjadi sunnah yang menjadi ikutan umat Islam ketika berbuka puasa pada zaman kini.



8. PUASA 'YANG YOK' @ PUASA SETENGAH HARI - Ungkapan ini bukanlah asing bagi kanak-kanak yang baru berlatih untuk berpuasa. Amalan ini dapat mendidik kanak-kanak secara perlahan-lahan untuk melakukan ibadah berpuasa secara sempurna apabila sudah akil baligh.


9. BAZAR RAMADHAN - Pusat atau tempat untuk mencari juadah berbuka puasa ini boleh didapati seawal pukul 4 petang. Ia sudah mulai dikunjungi ramai termasuk kaum bukan beragama Islam dan sudah menjadi satu budaya yang diterima rakyat Malaysia.


10. MOREH - Ia adalah jamuan yang diadakan di surau atau masjid untuk para jemaah berbuka puasa atau makan selepas tarawih. Asalnya adalah aktiviti yang diamalkan di kampung tetapi telah diterapkan juga dalam aktiviti masjid di bandar. Moreh dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat.



No comments:

Post a Comment