Ketika peristiwa Israq Mikraj, Malaikat Jibril telah menyediakan tiga jenis minuman kepada Nabi Muhammad SAW iaitu arak, madu dan susu kambing. Akhirnya baginda telah memilih susu kambing.Apa yang menyebabkan baginda memilih susu kambing? Pernahkah anda terfikir kenapa ramai nabi-nabi kita memelihara kambing seperti Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Rasulullah sendiri? Hatta Bangsa Israel (Yahudi) sendiri bangsa yang mengamalkan minum susu kambing. Pasti ada keberkatan dan khasiat yang terdapat pada susu kambing ini.
Saya sendiri telah menderita gastrik (angin dalam perut) dan sakit-sakit badan lebih daripada setahun. Bermacam-macam ubat doktor : Charcoal carbon, gaviscon, antasid, anti-ulser dan lain-lain semua tak jalan. Akhirnya kita kena balik kepada pemakanan sunnah yang diamalkan oleh para Nabi termasuk Rasulullah SAW. Alhamdulillah setelah mengamalkan hampir 2 bulan, gastrik saya sudah reda. Dahulu kena makan 6-7 kali sehari, sekarang dapat dijarakkan waktu makan dan berat badan pun dah kembali pulih. Apa yang saya amalkan sekarang, minum susu kambing sekali sehari, bersarapan kurma 2-3 biji setiap pagi, mandi pagi sebelum masuk waktu subuh, berjalan kaki sebagai ganti senaman harian dan menggantikan minyak zaitun sebagai minyak masakan. Jangan lupa solat berjemaah di masjid sebagai terapi jiwa yang terbaik.
Berikut ialah khasiat susu kambing yang saya petik daripada laman web:
Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut, menguatkan paru-paru, melindungi buah pinggang serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. Antara kebaikan lain susu kambing ialah:
Tidak menyebabkan alahan.
Membantu sistem imunisasi tubuh.
Bersifat alkali.
Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
Membantu sistem penghadaman.
Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
> Protein 2.1 kali ganda
> Kalsium 2.2 kali ganda
> Zat Besi 2.0 kali ganda
> Potasium 2.1 kali ganda
> Vitamin A 3.8 kali ganda
> Garam Galian 2.0 kali ganda
> Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus dan mudah dihadam berbanding susu lembu.
Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.
P/S : Sila share... Ini amat berguna kepada mereka yang menderita sakit gastrik kerana hampir semua orang akan mengalami sakit ini akibat faktor-faktor seperti pertambahan usia, tekanan di tempat kerja, pemakanan yang tidak menentu dan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat.
No comments:
Post a Comment