Apabila bercakap mengenai berpuasa, dah lebih seminggu kita menjalani kehidupan dalam kesederhanaan. Tak lama lagi nak raya, jadi pastinya stesen radio berlumba-lumba menyajikan kita dengan bermacam-macam lagu raya.
Pun begitu, 99 peratus, saya tetap menyukai lagu raya versi lama atau asal, malahan terus menjadi pilihan stesen radio utama juga. Kenapa senario seperti ini berlaku? Jadi, di sini saya ingin berkongsi pendapat, kenapa lagu raya versi asli tetap menjadi pilihan stesen radio berbanding lagu raya yang dirakam semula dan diberi nafas baru.
Bagi saya secara peribadi, lagu raya versi asli atau yang lama lebih menusuk kalbu. Budaya muzik dan nyanyiannya, memang budaya Melayu 100 peratus. Penyanyi yang memberi nafas baru kepada lagu raya asli, lebih menjana ke arah kebaratan yang langsung tidak ada jiwa Melayu.
Apabila kita orang Melayu, jiwa kita apabila Hari Raya, mesti hendak balik kampung, kita ibarat balik ke asal, 'Back To Basic', pulangnya ke kampung berhari raya, budaya Melayunya terlalu tebal. Bersama iringan muzik yang tebal jiwanya dengan budaya Melayu, di situlah keutamaan lagu raya yang asli senang di terima, budaya Melayu harus kekal 100 peratus, bermula dari alat muzik hinggalah nyanyian penyanyi berkenaan.
Kepada komposer yang ingin menghasilkan lagu raya moden, jiwa lagu itu harus menuju kemelayuan 100 peratus. Jiwa Melayu kita tidak boleh dimodenkan. Budaya Melayu tidak boleh dibunuh dalam jiwa lagu raya itu. Cita rasa saya secara peribadi, saya menerima saja lagu raya versi lama mahupun baru asalkan ia berteraskan keadaan dan budaya hari raya.
P/S : Lagu raya kegemaran saya adalah dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Dendang Perantau), Allahyarham Sudirman Haji Arshad (Balik Kampung) dan tidak lupa daripada kumpulan Black Dog Bone (Cahaya Di Aidilfitri). Anda bagaimana?
Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar...menggamit memori aidilfitri...
ReplyDeleteTerima kasih kepada Dato' Dr. Ahmad Nawab, S.Atan, Fauzi Marzuki, Adnan Abu Hassan, Ahmad Jaafar, Zubir Said, Syed Haron, M.Nasir...dan beberapa nama komposer yg brtanggungjawab menceriakan suasana lebaran sepanjang zaman...
ReplyDelete