Followers

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Budaya Minum Luar Orang Jepun Dan Malaysia

Rakyat Jepun terkenal di  dunia dengan sikap mereka yang rajin bekerja, malah kadang-kadang etika kerja mereka disamakan dengan robot. Komitmen mereka terhadap kerja tidak dapat dinafikan. Walaupun waktu bekerja atau waktu perniagaan sudah berakhir, pekerja akan tetap melayan pelanggan yang baru datang dan tidak tergesa-gesa untuk menutup pejabat atau kedai mereka.




Mereka juga sangat profesional ketika waktu kerja. Sukar untuk melihat mereka berbual kosong dengan sekerja di hadapan pelanggan, walaupun di kedai kecil di kawasan luar bandar. Mungkin ada yang melihat budaya minum bersama rakan sekerja selepas selesai waktu bekerja adalah satu alasan untuk tidak pulang awal ke rumah, namun begitu sebenarnya ia satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama pekerja dan di antara pekerja dan majikan.

Bagi mereka yang sudah bersara pula, mereka tidak akan berdiam diri di rumah. Malah keluar bersiar-siar, melancong atau menyertai persatuan yang menepati hobi dan kepakaran mereka. Sikap mereka yang gemar untuk kekal aktif walaupun sudah berumur merupakan antara faktor mereka kekal sihat dan berumur panjang.

Orang Jepun juga sangat berdisiplin dalam menepati masa. Buka saja dalam waktu bekerja, malah juga ketika bertemu janji dengan rakan. Bagi mereka, satu saat sangat bermakna dan boleh melakukan apa saja aktiviti di dalam sesaat itu. Ketika melintas jalan, dapat di lihat mereka tidak akan membazir masa menunggu dan akan terus berlari jika lampu trafik bertukar kuning.




Manfaat Masa

Ketika di dalam kereta api dan bas, mereka akan menghabiskan masa, walau lima minit dengan membaca buku, novel, komik atau surat khabar. Waktu ketibaan dan pelepasan kenderaan awam juga tidak pernah terawal atau terlewat. Inilah yang membuatkan penduduk mereka mudah merancang perjalanan berdasarkan jadual kenderaan awam yang menepati masa.

Rakyat Jepun juga sangat berdisiplin ketika menggunakan perkhidmatan kenderaan awam. Mereka tidak akan berebut-rebut untuk turun atau naik, malah akan berbaris dalam satu barisan lurus, mengikut garisan yang tertulis di lantai ketika menaiki kereta api atau bas.

Segalanya sangat sistematik dan memudahkan semua pengguna tanpa perlu dipantau atau diuruskan oleh sesiapa.




Disiplin turut mengajar mereka untuk bersikap jujur. Walaupun mereka tidak beragama dan tidak berpegang kepada satu-satu kepercayaan, mengambil sesuatu yang bukan hak mereka merupakan satu kesalahan besar. Jika ada tercicir sesuatu seperti dompet atau dokumen penting di tengah jalan, kemungkinan besar anda akan dapat semula barang-barang tersebut atau sekurang-kurangnya berada dalam jagaan pihak berkuasa seperti polis atau pihak pengurusan.

Mereka juga sangat berdisiplin dalam isu kebersihan. Penulis pernah berbual dengan rakyat Jepun yang menggunakan tangannya sendiri sebagai tempat abu rokok ketika berbual sambil merokok. Abu rokok itu hanya akan di buang jika tong sampah atau bekas abu rokok sudah dijumpai. Penulis berasa kagum ketika kita rakyat Malaysia sendiri membuang abu rokok merata-rata ketika merokok. Malu tidak terkata...


Sunday, October 13, 2013

Keistimewaan Kota Mekah Dan Kota Madinah (Tanah Haram)

MEKAH dan MADINAH adalah dua kota suci dalam Islam. Di dalam al-Quran dan hadis, dua kota itu sering disebut juga dengan Tanah Haram (Al-Balad Al-Haram). Kata haram bererti larangan atau tegahan.

Sebagai kawasan yang dimuliakan, tidak menghairankan jika Tanah Haram memiliki peraturan bagi orang-orang yang tinggal di dalamnya.

Salah satu peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah larangan bagi golongan bukan Islam memasuki Masjidilharam. Ia terkandung dalam firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 28 bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu bimbang menjadi miskin, maka Allah akan memberikan kekayaan kepadamu dari kurnia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Berikut dipaparkan antara keistimewaan kedua-dua kota suci tersebut:

KOTA MEKAH


TERDAPAT satu ruangan tanah di planet bumi yang diistimewakan Allah. Ia adalah sebidang tanah seluas lebih kurang 540 kilometer persegi. Inilah tanah tempat Allah pertama kali meletakkan bangunan rumah-Nya di bumi, yakni Kaabah. Itulah juga sebagai tempat tumpuan kiblat manusia sejagat.

Mekah di dalam al-Quran disebut berkali-kali dengan terminologi berbeza. Ini menunjukkan betapa kelebihan Mekah sangat banyak dibanding kota-kota lain di dunia ini.

Selain Mekah, di dalam al-Quran Allah menyebut kota suci ini sebagai Bakkah (lembah air mata), Ummul Qura (perkampungan tua), al-Balad (negeri), al-Balad al-Amin (negeri yang aman), al-Baddah (negeri), Haram Amin (tanah suci yang aman), Wad Ghairu Dzi Zar?in (lembah yang gersang) Ma'ad (tempat kembali), Qaryah (negeri/kampung), al-Masjid al-Haram dan lain-lain.

Dalam buku Sejarah Mekah Dulu dan Kini, tulisan Dr.Muhammad Abdul Gani, Maktab Al-Malik Fahd, edisi kedua, Madinah 2003, disebutkan, beberapa kelebihan Mekah iaitu :

* Tempat dibangunnya rumah Allah (Baitullah) pertama kali.

* Kota kelahiran Rasulullah SAW sebagai nabi akhir zaman.

* Tempat pertemuan Adam dan Hawa yang mana setelah dikeluarkan dari syurga, mereka berdua hidup mengembara selama 200 tahun sehingga Allah mempertemukan mereka kembali di Jabal Rahmah, Arafah.

* Tempat beribadah para hamba-Nya serta adanya kewajipan atas mereka untuk mengunjunginya mengerjakan haji.

* Tempat yang tidak boleh seorangpun masuk ke dalamnya kecuali dengan kerendahan hati, khusyuk dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia.

* Tempat yang dijadikan Allah sebagai tanah suci yang aman, yang tidak boleh ada pertumpahan darah di sana.

* Tempat yang dimaksudkan untuk menghapus dosa-dosa masa lalu.

* Tempat yang Allah mensyariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Kaabah.

* Tempat yang Allah mewajibkan bagi orang-orang yang mampu untuk mengunjunginya.

* Tempat yang tidak ada sejengkal bumi pun yang Allah wajibkan hamba-hamba-Nya untuk menghadap dan melambaikan tangan, kecuali kepada Kaabah, Hajarul Aswad, Rukun Yamani yang adanya di kota Makkah.

* Tempat yang tidak ada di muka bumi ini suatu masjid pun, yang memiliki keistimewaan bagi siapa saja yang solat di dalamnya maka pahalanya akan dilipatgandakan 100,000 kali.

* Tempat yang dilarang oleh Allah untuk menghadap atau membelakanginya pada waktu buang hajat.

* Tempat yang Allah memberikan balasan bagi siapa saja yang berniat jahat, walaupun belum melakukannya. Dan barang siapa yang melakukan kejahatan, balasannya akan dilipatgandakan. Ia kerana melakukan kejahatan di tanah suci, lebih besar dosanya dibandingkan di tempat-tempat lain.

* Tempat-tempat yang mustajab bagi orang-orang yang berdoa di sana, misalnya di Hajar Aswad, di Rukun Yamani, di makam Ibrahim, di Hijir Ismail, di telaga Zamzam, di Arafah saat berwukuf dan lain-lain.

* Tempat di mana Allah pernah bersumpah atas nama negeri Mekah seperti dituturkan-Nya dalam surah At-Tiin, kalau tidak kerana istimewanya Mekah, Allah tentu tidak perlu mengangkat sumpah atas nama negeri yang sarat dengan sejarah itu;

* Tempat yang sentiasa dijaga para malaikat.

* Tempat adanya telaga zam-zam yang luar biasa.

MADINAH


SATU-SATUNYA tanah yang Rasulullah SAW sahkan boleh digunakan untuk mengubat penyakit dengan izin Allah SWT ialah tanah di kawasan tanah haram Madinah.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Bukhari, Rasulullah SAW bersabda;

"Dengan nama Allah, debu tanah kita (yang dicampur) dengan air liur setengah daripada kita menyembuhkan dari penyakit kita dengan izin Allah."

Dalam soal keistimewaan meninggal dunia di Madinah, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah hendaklah dia meninggal dunia di sana, kerana aku akan memberi syafaat bagi pihak setiap orang yang meninggal dunia di situ." (Riwayat Al-Tirmizi)

Madinah merupakan salah satu dari dua kota suci Islam yang dikawal para malaikat sepanjang masa. Kawalan yang dibuat itu ialah bagi menghindari penyakit taun dan serangan Dajjal. Seperti yang kita tahu bahawa di akhir zaman kelak, Dajjal akan muncul di setiap kota dan desa. Namun begitu Madinah dan Mekah tidak dapat dimasuki Dajjal kerana ia dikawal oleh para makaikat yang diutus Allah SWT. bagi tujuan tersebut.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari menyebut Rasulullah SAW bersabda bahawa Dajjal akan muncul di setiap kota melainkan Madinah dan Makkah. Dia tidak dapat masuk kerana malaikat akan melindungi kedua-dua kota itu.


Saturday, September 7, 2013

좋은 하루 보내세요! KOREAN KIMCHI


Pernah cuba Kimchi? Ini makanan paling popular kat Korea. Sape kaki tengok HD One Asia memang taula. Jangan asyik nak tengok Inkigayo ajer al-maklumlah awek-awek Korea semua cun-cun belaka. Hehehe...
Meh sini kita cuba...

Bahan-bahan buat kimchi :

1/2 biji kobis cina
Garam & air (untuk rendam kubis)
serbuk cili
2-3 ulas bawang putih
1/2 cm halia
2-3 biji bawang merah (shallots)
1 sudu cencalok
air 7 up secukup nya
1/2 batang lobak
1 pokok daun bawang
gula secukupnya (tak letak garam sebab kubis tu dah masin)
Cara membuatnya:
1. Mula-mula bersihkan kobis dan potong kecil-kecil, lepas tu buat air garam dengan menambah 4 sudu garam dan air sehingga kobis tenggelam.
2. Rendam kobis selama 8 jam
3. Apabila cukup 8 jam, bilas kobis dan perah supaya tiada air garam lagi
4. Campurkan serbuk cili, bawang, bawang putih, halia, cencalok, dalam bekas dan kisar. Guna kan air 7 up jika perlu penambahan air
5. Apabila siap kisar, rasa masin and manis nya dan terpulang untuk tambah gula atau garam. Boleh juga gunakan sos ikan.
6. Lobak hiris nipis seperti batang mancis, daun bawang potong kasar.
7. Gaul kan kobis tadi dengan bahan kisar, lobak dan daun bawang sehingga sebati
8. Simpan dalam bekas. Boleh juga dimakan serta merta…

SELAMAT MENCUBA!



Friday, August 2, 2013

Fadhilat Qiamullail Dan Solat Sunat Tasbih


Fadhilat dan kisah berkaitan Qiamullail 

Daripada Abu Hurairah r.a : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih

Daripada Abdullah Ibnu Umar katanya bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah Ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Fulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad  dengan sanad sohih

Ketika orang sudah lelap dalam tidurnya, Ibnu Mas’ud justeru mulai bangun untuk solat tahajjud, sehingga terdengar seperti suara dengungan lebah, sampai menjelang fajar menyingsing. Ditanyakan kepada Hasan al-Bashri, “Mengapa orang-orang yang suka bertahajjud itu wajahnya paling bercahaya di antara yang lain?” Ia menjawab, “Kerana mereka suka berduaan bersama Allah Yang Maha Rahman; maka Allah menyelimuti mereka dengan cahayaNya.”

Hasan al-Bashri juga pernah berkata, bahawa sesungguhnya orang yang telah melakukan dosa, akan terhalang dari Qiamullail. Ada seorang bertanya kepada orang soleh: “Saya tidak dapat bangun untuk Qiyamullail, maka beritahukanlah apa yang harus saya lakukan?” Orang soleh itu berkata: “Jangan engkau bermaksiat kepadaNya pada waktu siang, nescaya Dia akan membangunkanmu untuk beribadah kepadaNya, diwaktu malam.” Di dalam suatu riwayat, Sufyan ats-Tsauri mengatakan: “Aku terhalang untuk melakukan Qiyamullail selama lima bulan, akibat dari satu dosa yang aku lakukan.”


Ibnu Mubarrak berkata dalam bait syairnya:

Saat malam tiba berselimut gelita
Kala manusia lain lelap dalam tidurnya
Mereka lawan beratnya malam dengan ibadat
Untuk merebak cahaya Yang Kuasa
Rasa takut kepadaNya menerbangkan mengantuk mereka
Sedang orang yang merasa aman dari murkaNya
Terbuai dalam mimpi-mimpinya...

Abu Sulaiman berkata: “Malam hari bagi orang yang setia beribadat di dalamnya, itu lebih nikmat daripada permainan bagi mereka yang suka hidup bermain-main. Seandainya tanpa malam aku tak suka tinggal di dunia ini.”

Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku, kelazatan dunia ini hanya ada pada tiga perkara, Qiyamullail, bersilaturrahim dengan ikhwan dan solah berjemaah.”

Allah bermegah dengan hamba-hambaNya yang bangun ditengah malam. hadith Qudsi meriwayatkan : mereka yang bangun ditengah malam mengerjakan solat, disediakan syurga buat mereka.

Solat Sunat Tasbih

Solat Sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat Sunat Tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam, dan jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam.

Rasulullah s.a.w bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. Abu Daud dan Ibnu Majah )




Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri / memberi salam. Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

Bacaan tasbih :




Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

Hadith mengenai Solat sunat tasbih dianggap sahih oleh Imam al-Hakim, Ibn Abu Dawood, Ibn Hajar dan yang lain. Imam al-Albani turut mengelaskannya sebagai boleh dipercayai.


Monday, July 15, 2013

10 Istilah Popular Sepanjang Bulan Ramadhan


Apabila munculnya bulan Ramadhan, terdapat beberapa perkataan yang kerap disebut, malah mungkin dipertuturkan setiap hari oleh masyarakat negara ini khususnya yang beragama Islam. Berikut merupakan istilah-istilah yang akan disebut sekurang-kurangnya sekali dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

1. NIAT - Sehari sebelum 1 Ramadhan, perkataan ini bukan sahaja akan disebut berulang-ulang kali, malah latihan membaca niat turut dilakukan terutama kanak-kanak. Ibadah puasa tidak diterima jika tidak membaca niat.

2. SAHUR - Golongan suri rumah mahupun wanita bujang akan sibuk sepanjang Ramadhan menyiapkan hidangan untuk bersahur. Biasanya ayat yang kerap disebut adalah seperti berikut : "Nak masak apa untuk sahur nanti?"

3. BERBUKA PUASA - Masyarakat umum kerap menyebutnya dengan berkata : "Ehh... nak berbuka puasa di mana ya?" ataupun "Nak berbuka apa kita hari ini?"

4. TARAWIH & WITIR - Solat sunat yang dituntut ini menjanjikan pahala yang besar kepada mereka yang mendirikannya. Solat tarawih boleh dilakukan 8 rakaat atau 21 rakaat dan diakhiri dengan 3 rakaat solat witir.


5. BUFET RAMADHAN - Kesibukan bekerja sebahagian besar masyarakat bandar yang tidak sempat memasak menyebabkan munculnya pakej bufet Ramadhan yang disediakan di restoran atau hotel bagi memenuhi keperluan tersebut. Seringkali bufet Ramadhan dikaitkan dengan isu pembaziran terutamanya di hotel-hotel.

6. LAILATUL QADAR - Malam yang hanya ada di bulan Ramadhan yang mulia dan ia adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Terjadinya malam yang mulia ini menjadi rahsia kepada umat Islam. Hanya mereka yang terpilih atau diizinkan Allah SWT akan dapat menikmati malam yang segala doa akan dimakbulkan ini.






7. TAMAR @ KURMA - Perkataan kurma lebih kerap disebut berbanding tamar walaupun kedua-duanya merujuk kepada buah yang sama. Rasulullah SAW akan berbuka dengan menjamah kurma terlebih dahulu sebelum menikmati makanan yang lain. Amalan ini menjadi sunnah yang menjadi ikutan umat Islam ketika berbuka puasa pada zaman kini.



8. PUASA 'YANG YOK' @ PUASA SETENGAH HARI - Ungkapan ini bukanlah asing bagi kanak-kanak yang baru berlatih untuk berpuasa. Amalan ini dapat mendidik kanak-kanak secara perlahan-lahan untuk melakukan ibadah berpuasa secara sempurna apabila sudah akil baligh.


9. BAZAR RAMADHAN - Pusat atau tempat untuk mencari juadah berbuka puasa ini boleh didapati seawal pukul 4 petang. Ia sudah mulai dikunjungi ramai termasuk kaum bukan beragama Islam dan sudah menjadi satu budaya yang diterima rakyat Malaysia.


10. MOREH - Ia adalah jamuan yang diadakan di surau atau masjid untuk para jemaah berbuka puasa atau makan selepas tarawih. Asalnya adalah aktiviti yang diamalkan di kampung tetapi telah diterapkan juga dalam aktiviti masjid di bandar. Moreh dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat.



Monday, April 22, 2013

10 Game Lagenda Di Wangsa Maju Suatu Ketika Dahulu

Klik 'LIKE' blog ni kalau engkorang pernah main senarai TOP 10 permainan lagenda seperti di bawah.
Mesti korang ada yang Master ataupun sayur main game ni kat Wangsa Maju masa kecik-kecik dulu.hahaha...

1. GALAH PANJANG (engkorang selalu main kat court badminton lepas balik sekolah siap pakai uniform lagi...)
2. MAIN GULI (asal nak kalah engkorang rembat semua guli dalam petak tu...)
3. BATU SEREMBAN (orang perempuan je minat, main pun siap pakai baju kurung...)
4. TENG TENG (ni game famous sementara tunggu loceng masuk kelas berbunyik...)
5. RONDES (jangan  tak percaya kalau orang perempuan pun lagi kuat pukul bola tenis tu daripada budak lelaki...)
6. JENTIK TUDUNG BOTOL (memang clearla penutup botol oren kat tong sampah kedai mamak tu engkorang   sapu...)
7. TEPUK DAUN TERUP (sakit dowh tapak tangan main game ni...)
8. LOMPAT GETAH (game budak perempuan yang paling aku kagum)...
9. KONDA KONDI (game ni mmg penat dan selalu main waktu bukan musim hujan sbb lubang tak berair...)
10. PEPSI COLA (haaa... yg ni mesti engkorang dah lupa.game paling sadis main kat sekolah.habis kotor kasut sekolah hari isnin plaktu.PEPSI COLA, AISKRIM SODA, BUATAN MALAYSIA! pastu lompat pijak kasut kawan engkorang.hahaha...)








Tak perlu nak diterangkan game apa gambar-gambar kat atas ni.Marah aku kang...hahaha...

Memang hebat game-game rakyat ni.Bukan setakat menghiburkan, malah boleh menyatukan masyarakat, kaum dan yang penting mengajar budak-budak erti berpeluh yang sebenar.Bukan game mcm budak-budak skarang.Balik-balik main game kat handphone, tablet, laptop.... apa nak jadi ngan budak-budak zaman skarang ni pun tak taula...

P/S : Sayang padang-padang kat Wangsa Maju ni dah kena tambak buat court badminton, takraw.. itupun dah tak boleh main.Penuh dengan kereta pasal parking tak cukup.Lecak-lecak lagi.Kalau tak, mesti budak-budak zaman sekarang merasa main permainan rakyat ni.

Saturday, April 20, 2013

Kenduri Roti Canai Zahid AF2 2004

Suatu ketika dulu negara pernah digamatkan dengan fenomena Akademi Fantasia yang mana jangankan budak-budak muda, orang tua pun ikut sekali menangis depan tv kalau ada pelajar yang tersingkir tiap-tiap minggu.Itu belum lagi kegilaan penonton yang bagi undi secara pukal.Punyala nak bagi sokongan kaw-kaw kat idola  dorang tu.Undi untuk masa depan macam PRU tak nak pulak pergi.Hampeh! hahaha...
Okla, berbalik pada cerita pokok.Mungkin ramai yang tak tau selain Zahid AF2, peserta AF1, Burn dengan Shawal AF5 pun sebenarnya budak Wangsa Maju jugak.Cuma Burn dah pindah daripada WM masa dia menyertai AF1 2003.Nasib budak berdua ni tak sebaik Zahid.Yela... terus terang cakap, suara Zahid memang paling mantap dalam batch AF2.Itu memang tak dapek nak dinafikan.Ingat lagi duet Zahid ngan Dato' M.Daud Kilau? Memang menjadi malam tu.Aku taula... Penuh restoran mamak Al-Amin kat seksyen 1 malam tu.Aku dengar kat NZ pun fullhouse malam tu.Semua bagi sokongan kat Zahid.Al-maklumlah... budak Wangsa Majula katakan...








Bila dah menang AF2, OKB (Orang Kaya Baru) Zahid kenalah tunaikan janji nak belanja roti canai pada pengundi dia kat WM.Last-last Zahid pilih NZ sebagai lokasi 'Janji Ditepati' aritu.Aku tau NZ pun ada share sekali dalam propaganza AF2.Mau tak, tiap-tiap malam AF, penuh NZ sampai mencangkung-cangkung orang tengok layar kat sana.Sabarjela...
Sekitar Ogos 2004 kalau tak salah aku, Brader Joe mintak tolong budak-budak seksyen 1 sebab kawan-kawan Zahid kat Seksyen 2 tak cukup orang nak jadi bodyguard untuk kenduri malam tu.Bila Abang Long dah nak tolong, budak-budak Mobil pun ikut jela.Manala tau dapat imbuhan ke...OKB Zahid la katakan.hehehe...
So bila dah berkumpul petang tu kat rumah Zahid, tup-tup ada rancangan Zahid nak buat suprise datang kat NZ pakai motorbike Naza yang dia menang tu.So, kereta yang sepatutnya bawak Zahid tu sebagai dummy je.Kononnya untuk keselamatan Zahid.Aku rase macam tak percaya gak.Aku ni mana minat sangat artis-artis ni.Macamla artis Hollywood atau Kollywood sangat.Tapi sebab kawan follow jela strategi tu.
Aku naik kereta brader Asri masa tu.Habis kemek-kemek kete dia terkena kete lain masa mencelah kat jalan masuk bawah NZ tu.Punyala ramai kereta parking kat situ.Jangan tak percaya, sebelum tu ada 2 kete kejar kete dummy Zahid.Peminat dia lertew masa kat jalan depan Akademi TV3.Memang giler la budak-budak kat Malaysia ni.Aku suspek orang pompuan je yang lebih-lebih.Hahaha... jangan marah ha...
So malam tu konsert ngan kenduri roti canai berjalan lancar.Kitaorang selaku bodyguard melaksanakan tugas dengan baik.Muka ketat kitaorang pun dapat pujian daripada bodyguard pengkid Mas AF2.Hahaha...
Habis je konsert, hantar Zahid balik umah.Sebelum tu dapat gaji dulu daripada Zahid.Belanja makan ngan Dunhill 20 sorang sekotak.Cukup ke ni? tak baik ungkit-ungkit taw... Esoknya Zahid and the Geng AF2 datang NZ lagi untuk punishment basuh kete peminat sebab tak dapat jawab soalan Seelan Paul masa malam kenduri roti canai tu.Tapi aku tak pergilah sebab ini semua poyo...

Anding,Kaer ngan Adam.Jadi mangsa balaci basuh kete peminat.

Zahid tengah beraksi dengan macha kakitangan NZ basuh kete peminat.

Group bodyguard tak bertauliah WM bergambar kenangan ngan Zahid AF2 sebelum balik tido! Hahaha...

P/S : Di ulang sekali lagi... Ini Semua PoYOooo!!!