Dah berusia 27 tahun restoran ni. Aku selalu lepak sini breakfast sambil baca surat khabar, berborak ngan kawan-kawan sampai tutup kedai (waktu tengahari nak Jumaat ler...). Berbuka puasa kat sini pun pernah! Tak ada yang best sangat pun tempat ni tapi restoran ni ada aura yang tersendiri. Memang port yang sempoilah senang cerita.
Makanan-makanan pun ok la. Tak terlampau best sampai ketagih, dan takde la tak best langsung sampai tak boleh makan. Tapi pagi-pagi, pergh.... penuh fullhouse tak cukup meja!
Apa yang special tempat ni ialah nasik lemak kukus. Pada aku memang sedap la. Ada macam-macam lauk. Sambal sotong, kari kambing, rendang daging lembu, paru goreng, rendang hati.... Datang sendiri la cuba habih cerita. Teh tarik ngan roti canai dia pun boleh tahan. Customer service? Sangat ok... macam dah kenal lama pekerja-pekerja sini.
Pesaing-pesaing restoran ni dulu (generasi pertama) macam Restoran Gadis, Restoran Daud dan Restoran Dhurbar, semua dah lama tutup. Tinggal restoran ni je yang kekal semenjak premis perniagaan ini siap pada tahun 1986. Restoran NZ, BRJ, Bunga Emas, Al-Amin dan Awwal Maju tu semua restoran mamak generasi ke dua. Dan generasi latest... Ali Maju kat Rampai Business Park.
Di buka seawal pukul 6 pagi sehingga 9 malam, Jumaat tutup daripada 12.30 tengahari hingga 2.30 petang, restoran ini juga menyediakan masakan panas melayu seperti tomyam dan lain-lain. Nasi briyani pun ada, kalau tak salah aku setiap hari isnin dan jumaat. Memang best layan briyani ngan kari kambing kat sini pastu pekena teh ais... perghh...
Memang ada kelainan la pasal restoran maju ni, ini lah satu-satunya kedai mamak yang tidak beroperasi 24 jam di Wangsa Maju. Lagi satu dia tak letak table-table sampai ke kaki lima atau jalan raya untuk tambah customer. Tak macam restoran mamak yang lain. Parking kenderaan pun senang, kalau tak kat depan, belakang restoran pun boleh. Mesti ada tempat kosong punya.
Antara kenangan aku berkaitan restoran ini :
1. Inilah port melepak ngan kawan-kawan masa sekolah rendah dan menengah selepas habis aktiviti ko-kurikulum pada hari Sabtu.
2. Menyaksikan harga roti canai daripada 40 sen menjadi 45 sen, menjadi 50 sen, 60 sen, dan seterusnya menjadi RM1 sekeping pada hari ini.
3. Pernah bawak 50 sen je datang makan roti canai kat sini. Tak minum pun sebab tak cukup duit. Gelagat kanak-kanak seperti aku mendapat perhatian daripada pekerja kat situ sampai dapat sky juice secara percuma (ais kosong ler!). Hahaha...
4. Pernah menyaksikan cikgu disiplin SMWM1, Cikgu Zaki perambat budak-budak ponteng sekolah kul 8 pagi. Kelam kabut budak-budak tu semua lari. Hahaha...
5. Pernah menjadi port pilihan yang terbaik (last minute) untuk berbuka puasa bila terlambat persediaan nak berbuka kat luar. Terima jela... but i never complained!
6. Pernah breakfast dan baca paper kat sini daripada pukul 8 sampai kul 10 pagi hampir 3 bulan. Sampai mamak pun heran aku kerja ke tak?
8. Pernah termakan roti expired ngan seorang sahabat. Habih kitaorang ugut supervisor dia. Dapat makan free aritu. Hahaha...
9. Pernah menyaksikan aksi kejar-kejar antara imigresen ngan pekerja restoran (kes takde permit kot)...
10. Ayam madu ngan sup kambing restoran ni pernah menjadi feveret aku suatu ketika dulu. sedap wooo...
P/S : Aku rasa kalau Restoran Maju ni pun tutup, abis hilang ikon paling lama kat Wangsa Maju. Aunty Mini Market kat sebelah dia pun dah tutup hujung 2009...
Saya akan pastikan restoran ini sentiasa ada, dengan harga yang murah, menyambung legasi ayah saya, ini janji saya
ReplyDeleteAdmin duduk blok mana? Sekolah kat smkzon r1 dari bila ke bila yer?
ReplyDelete