Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government, sukar mendapatkan jawatan tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.Wednesday, December 25, 2013
Surat Terbuka Orang (Parlimen) WM Untuk PM
Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government, sukar mendapatkan jawatan tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.Bila Hati Sudah Berkarat...
“Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.” Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar. Tuesday, December 3, 2013
20 Tahun Selepas Tragedi Highland Tower
Sunday, November 24, 2013
Kasih Sayang Rasulullah Kepada Kucing
Tuesday, November 19, 2013
Fakta Tak Masuk Akal Tentang Perokok Yang Tak Perlu Berhenti Merokok
- Menambah kenikmatan : Waktu petang minum kopi dan makan pisang goreng sungguh nikmat. Pastu merokok. Perghhh....!Monday, November 4, 2013
Maal Hijrah 2013 : Mencipta Kejayaan Dunia Dan Akhirat
Pahang Juara Piala Malaysia Edisi 2013
Pahang muncul juara Watsons Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
Jaringan tunggal perlawanan hadir di minit ke-58, apabila Matias Conti berjaya menanduk masuk
hantaran cantik Azzamuddin Mohd Akil. Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan cuba bangkit dengan mengatur beberapa serangan merbahaya namun gagal membolosi gawang lawan.
Terdahulu, Aksi kedua-dua pasukan di awal perlawanan jelas terencat akibat hujan lebat membasahi padang Stadium Shah Alam. Pahang dilihat lebih menguasai perlawanan sepanjang perlawanan dengan kerap kali mengasak kubu Kelantan.
Di minit ke-11, Pahang mencipta peluang pertama hasil hantaran R. Gopinathan, namun mereka tidak diberi ruang untuk melakukan rembatan.
Pahang dihadiahkan sepakan percuma di minit ke-13 selepas Nik Mohd Shahrul Azim dipersalahkan kerana menjatuhkan Azzamuddin Mohd Akil, namun tendangan tersebut gagal disempurnakan dengan baik.
Manakala Kelantan mencipta peluang terbaik menerusi sepakan percuma yang diambil Indra Putra Mahayuddin, bagaimanapun ia sedikit tersasar ke sebelah kanan gol.
Di minit ke-20, Azzamuddin berjaya mengelirukan pertahanan Kelantan, pun begitu sepakannya sedikit melewati palang gol.
Lima minit kemudian, Damion Delano Stewart dipersalahkan kerana menjatuhkan Dickson Nwakaeme dan ia sekaligus menghadiahkan sepakan percuma kepada Kelantan. Sepakan yang di ambil Badri Radzi terkena benteng lawan.
Tidak lama kemudian, Pahang meraih peluang terbaik sepanjang babak pertama selepas rembatan Matias Conti hanya terkena palang gol.
Sebaik babak kedua bermula, Pahang terus mengasak kubu Kelantan. Fauzi Roslan yang dimasukkan menggantikan Gopinathan tiba-tiba muncul melakukan rembatan ketika keadaan kelam kabut berlaku di kubu Kelantan. Sikap terburu-burunya membuatkan rembatan jauh tersasar.
Corak perlawanan di babak kedua lebih tersusun berikutan hujan mula berhenti. Di minit ke-82, Bojan Hodak membuat pertukaran dengan mengeluarkan Badri Radzi bagi menggantikan dengan Faiz Subri. Sejurus dimasukkan, Faiz nyata mensia-siakan peluang apabila peluang di depan gol.
Di penghujung perlawanan Kelantan banyak mengasak namun tiada percubaan tepat dapat dilakukan. Pertahanan Pahang jelas kebal, apabila rembatan dekat Farhan berjaya di sekat penjaga gol Pahang, Mohd Nasrir Mat Nourdin. Perlawanan kekal berkesudahan 1-0 berpihak kepada Pahang.
Monday, October 21, 2013
Budaya Minum Luar Orang Jepun Dan Malaysia
Rakyat Jepun terkenal di dunia dengan sikap mereka yang rajin bekerja, malah kadang-kadang etika kerja mereka disamakan dengan robot. Komitmen mereka terhadap kerja tidak dapat dinafikan. Walaupun waktu bekerja atau waktu perniagaan sudah berakhir, pekerja akan tetap melayan pelanggan yang baru datang dan tidak tergesa-gesa untuk menutup pejabat atau kedai mereka.
Orang Jepun juga sangat berdisiplin dalam menepati masa. Buka saja dalam waktu bekerja, malah juga ketika bertemu janji dengan rakan. Bagi mereka, satu saat sangat bermakna dan boleh melakukan apa saja aktiviti di dalam sesaat itu. Ketika melintas jalan, dapat di lihat mereka tidak akan membazir masa menunggu dan akan terus berlari jika lampu trafik bertukar kuning.
Rakyat Jepun juga sangat berdisiplin ketika menggunakan perkhidmatan kenderaan awam. Mereka tidak akan berebut-rebut untuk turun atau naik, malah akan berbaris dalam satu barisan lurus, mengikut garisan yang tertulis di lantai ketika menaiki kereta api atau bas.Sunday, October 13, 2013
Keistimewaan Kota Mekah Dan Kota Madinah (Tanah Haram)
Saturday, October 12, 2013
10 Fakta Menarik JPN dan Sejarah Pendaftaran Warga Malaysia
5. JPN merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang mempunyai autoriti mengeluarkan MyKad berteknologi biometrik dan cip pertama di dunia kepada rakyat Malaysia di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
8. Berdasarkan rekod, nama yang paling popular dan banyak didaftarkan berjumlah 79,936 adalah atas nama 'Fatimah', sejumlah 29,126 (Aminah), sejumlah 15,151 (Ah Moi) dan 10,866 (Ravi).Sunday, October 6, 2013
20 Langkah Hidup Berjimat Cermat
Friday, October 4, 2013
Apabila Pergantungan Amalan Sudah Tiada (Kisah Benar)
Wednesday, October 2, 2013
Kencing Tikus : Apa Yang Perlu Anda Tahu!
Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti  anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Pada peringkat seterusnya jangkitan boleh menyebabkan kelenjar limfa bengkak, sakit tekak, otot tegang, bunyi paru-paru yang tidak normal atau ruam. Gejala ini boleh berlanjutan dari beberapa hari ke beberapa minggu.














.jpg)
.jpg)


.jpg)




