Followers

Monday, June 17, 2013

Filem Seram Retro 'Toyol' 1981

Inilah filem seram retro era 80-an yang kalau kita tengok pada hari ini masih meninggalkan kesan seram pada bulu roma kita. Cerita biasa-biasa sahaja, tapi disebabkan kita menonton filem ini masa zaman kanak-kanak, mungkin inilah yang menyebabkan pengaruhnya masih melekat.

Dibintangi oleh Sidek Husein yang mendukung watak ikon 'Bachok' (bukan mendukung biawak hidup yer..), Mahmud Jun, Normadiah, Yahya Sulong, Ayapan, Sharifah Hasnor dan ramai lagi. Jangan lupa seorang pelakon kerdil yang juga berlakon dalam filem ini. Dia agak familiar dalam filem-filem era 80-an. Aku suspek dia ni jugakla yang berlakon sebagai 'Toyol' tuh. Hahaha...






Filem ini memang cukup seram waktu aku tengok dulu (sekarang tak taulah). Kan ada adegan pocong bangkit daripada kubur... Ingat lagi adegan toyol muncul dalam cermin masa bini Bachok (kalau tak silapla) tengah sikat rambut? Wow... meremang jugakla bulu roma masa tu. Satu lagi adegan yang toyol tu panggil nama Bachok : Bachok... Bachok... mari Bachooookkk.... hu... hu... hu... Seram dowh...






Oklah, kita cerita sinopsis pulak. Jalan cerita dia kepada yang dah lupa, aku ringkaskan jer...

1. Bachok seorang pemuda dan suami yang miskin.
2. Takder ikhtiar lain selain berhutang dengan bosnya seorang tauke pembinaan.
3. Dah berhutang takder duit pulak nak bayar hutang.
4. Kehidupan semakin terhimpit dan toyol menawarkan bantuan.
5. Kehidupan menjadi mewah dengan bantuan toyol.
6. Lupa anak bini, berjoli sakan dengan asyik turun naik kelab malam hampir setiap malam. 
7. Lupa pulak nak bagi toyol makan.
8. Toyol bengang dan membuat chaos satu kampung.
9. Kemunculan orang kampung dan Pak Imam untuk menangkap toyol.
10. Bachok dan toyol mati terbakar berpelukan selepas disiram air yang dibacakan ayat Quran oleh Pak Imam.

Begitulah ceritanya... kalau korang rajin pergila carik vcd atau dvd cerita ni kat kedai. Sekali sekala layan gak cerita seram retro nih. Hahaha...

Full movie 'Toyol' via Youtube 


2 comments:

  1. Cerite karotlah macam tu je seram...aku senang je...

    ReplyDelete
  2. Cerite karotlah macam tu je seram...aku senang je...

    ReplyDelete