Followers

Thursday, June 13, 2013

Zaman Darurat Cicak Di Era 80-an Dan Awal 90-an


Setuju tak kalau aku cakap cicak-cicak masa zaman 80-an ngan 90-an dulu memang tak senang duduk kat syiling atau dinding rumah?

Inilah yang dinamakan zaman darurat cicak-cicak seluruh Malaysia sebab semua kanak-kanak masa  tu telah di didik oleh ibu bapa mereka iaitu : Sunat Bunuh Cicak Malam Jumaat!

Aku ingat lagi senjata utama nak bunuh cicak ni ialah getah gelang (kalau dapat yang tebal lagi bagus). Dipintal dan disulam supaya menjadi lebih besar atau lagi senang pakai satu je gelang getah, pastu peluru dia korang buat daripada kertas-kertas yang dilipat-lipat. Sekali jentik kene cicak sampai terjatuh tu yang jadi syok... Hahaha...

Kalau ekor cicak tu terputus pastu mengeletek-geletek atas lantai mesti rasa takjub kejap. Hahaha... kali pertama memang rasa heran pastu lama-lama dah tak heran . Pastu kalau terjumpa telur cicak yang putih-putih saiz kiut tu, mesti rase macam nak simpan je nak tolong tetaskan atau kumpul-kumpul buat telur dadar. Hahaha...

Okla... berkenaan dengan hukum membunuh cicak ini sebenarnya memang sunat kita membunuh cicak tapi tak semestinya malam Jumaat sahaja dan ada cara-caranya. Ada hadis menerangkan mengenai perkara-perkara tersebut, antaranya :

1. Di dalam sahih Muslim dari jalan Abdul Razzak, katanya menceritakan kepada kami Ma’mar (معمر) daripada al-Zuhriy (الزهري) daripada ‘Amir bin Sa’ad (عامر بن سعد), daripada bapanya, bahawa Nabi S.A.W. menyuruh membunuh cicak dan baginda menamakannya (cicak) sebagai (فُوَيْسِقٌ) yang bermaksud Pembuat Kerosakan.

2. Dinyatakan dalam riwayat al-imam al bukhari yang bermaksud ”Cicak itu meniup (untutk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim A.S”.

3. Di dalam hadith yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadith di dalam sahih Muslim daripada Abu Hurairah R.A. katanya: Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua.”

Jadi apakah dosa cicak yang beribu tahun itu, menyebabkan cicak-cicak pada hari ini menanggung akibatnya? Mengikut kajian saintifik pada zaman moden ini, ternyata cicak adalah haiwan kotor yang mendatangkan keburukan kepada manusia dan boleh menyebarkan penyakit. Jadi anda mahu haiwan ini bermaharajalela di rumah anda? Fikir-fikirkan...

P/S : Pendek kata memang habislah cicak dalam rumah sampaikan cicak-cicak kat koridor flat Wangsa Maju ni pun kita buru. Cicak zaman sekarang je rasa selamat. Malah kita momokkan pada anak-anak kita supaya takutkan cicak...


No comments:

Post a Comment