Followers

Monday, June 10, 2013

Nostalgia Perhimpunan Perdana Setiap Isnin


Cuti sekolah sudah abis der !!! 
Hari isnin mesti kita dulu ada perhimpunan pagi-pagi kat sekolah yang agak lama sikit 'period' nya berbanding hari lain. Al-maklumlah hari ni kan hari pertama dalam setiap minggu. Nak-nak pulak macam arini baru lepas abis cuti sekolah. Masa ni lah Guru Besar atau Pengetua nak berucap, Guru Penolong Kanan (GPK) nak berucap, cikgu disiplin pun nak berucap gak, Teacher pun nak berucap... kalau boleh tukang kebun pun nak berucaplah! (yang ni lawak jer hehehe...)
Macam-macam isu cikgu maklumkan pada semua murid-murid arini. Kalau ada aktiviti tambahan lain macam persembahan murid-murid pun ok gak. Cuma yang tak bestnya tu terpaksa berdiri lama-lama. Kadang-kadang cikgu bagi duduk gak kalau perhimpunan kat atas tar. Kalau kat padang rumput kena berdirilah...
Tapi bila kita fikir-fikir balik, seronok gak perhimpunan pagi-pagi ni. Masa nilah kita nak rapatkan silaturrahim ngan kawan-kawan lain terutama kelas sebelah. Bila dah berkumpul ramai-ramai kat belakang tu, mulalah nak berborak tak bagi perhatian kat depan. Nasib tak baik kena tangkap ngan pengawas ataupun GPK nampak terus suruh berdiri kat depan. Waduh... Malu kat budak-budak lain terutamanya awek-awek dowh...
Angkat tangan... jatuh! angkat tangan... jatuh! barisan kena lurus tak mau bengkang bengkok macam ular kena palu. Sebelum cikgu berucap kena nyanyi lagu 'Negaraku' sambil bendera Malaysia dinaikkan. Kadang-kadang rasa berdebar atau tak puas hati plak ngan tukang naik bendera kalau terlampau cepat naik atau terlampau lambat plak naik. Hehehe...
Habis lagu 'Negaraku', kena nyanyi lagu 'Malaysia Berjaya' plak. Nasib baik kita stay kat KL. Takde lagu negeri. Kalau negeri lain kena tambahan satu lagi lagu .Pastu kena baca ikrar 'Rukun Negara'. Sampai hari ni aku ingat lagi rukun ni. Kalau suruh baca kat depan perhimpunan lagi arini selambalah takde hal. Pejam mata baca. Hahaha...
Tapak perhimpunan SMWM1. Sekarang dah ada bumbung. Manja you...

Kat bawah ni lirik lagu 'Malaysia Berjaya' kepada sesiapa yang dah lupa. Lagu 'Negaraku' kalau korang lupa memang berat nih... dengan pantas aku cadangkan korang gi Jabatan Pendaftaran mintak cancel IC atau surat beranak korang tuh. Hahaha...
Lirik Lagu 'Malaysia Berjaya'
Malaysia…Malaysia
Negara yang jaya
Malaysia…Malaysia
Bebas dan merdeka
Seluruh rakyat berpadu…bersatu
Menentang angkara murka
Kami ingin berdamai
Di antarabangsa
Dengan sorak-sorai gembira
Di seluruh negara
Malaysia sudah berjaya
Rakyat makmur dan sentosa!
P/S : Habis semua acara, semua murid-murid akan bergerak ke kelas mengikut giliran. Sungguh sistematik sekali pergerakan tuh... That's why rase macam nak berhimpun lagi la macam dulu-dulu. Hahaha... Nostalgia sungguh!

No comments:

Post a Comment