Followers

Friday, May 17, 2013

10 Perkara Menarik Mengenai Nabi Muhammad SAW


Masjid Nabawi Di Madinah Al Munawarrah

1) Nabi Isa A.S pernah menceritakan Rasul yang terakhir bernama Ahmad (yang terpuji) di kalangan bangsa Arab malah menyeru umatnya mematuhi Rasul terakhir ini.

2) Ketika kelahiran Nabi Muhammad, api penganut agama Majusi di Parsi (sekarang Iran) yang tidak pernah padam semenjak ribuan tahun tiba-tiba terpadam.

3) Nabi dikirim ke pedalaman untuk disusukan, semua orang tidak mahu mengambil nabi kerana Nabi seorang anak yatim. Halimah ibu susuan nabi sanggup dan sejak itu kambing-kambingnya menjadi gemuk (semoga Allah merahmatii ibu susuan Baginda).

4) Hati Nabi dicuci sebanyak dua kali. Pertama ketika kanak-kanak, ke dua ketika peristiwa Israj-Mikraj.

5) Awan sentiasa mengikuti Nabi sejak dari kecil hingga kewafatannya. Ramai menyedari Nabi adalah orang yang istimewa. Suatu ketika bapa saudaranya Abi Talib ingin membawanya ke Syam, tapi berpatah balik apabila seorang pendeta Yahudi menasihatkannya bimbang mereka (Yahudi) akan membunuh Nabi (orang Yahudi tidak boleh terima Nabi terakhir adalah orang Arab).

6) Ummu Aiman penjaga Nabi adalah hamba warisan dari ayahnya Abdullah. Setelah dewasa Nabi memerdekakannya dan sering memanggilnya ibu. Ummu Aiman pernah diberi air dari syurga ketika berjalan kaki tanpa bekalan, berhijrah ke Madinah(antara yang terawal). Sejak itu Ummu Aiman tidak pernah merasa haus.

7) Nabi memiliki banyak mukjizat tetapi tidak menunjukkannya bimbang ummatnya akan menyembahnya dan bukan menyembah Allah setelah kewafatannya.

8) Baginda ummi (buta huruf) - hikmahnya manusia selepas itu tidak boleh mengatakan Al-Quran adalah ciptaan Nabi sendiri.

9) Setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Bilal bin Rabbah tidak pernah lagi mengalunkan azan. Kecuali sekali,ketika perjumpaan semula sahabat-sahabat Nabi tetapi azan yang penuh dengan kesedihan.

10) Sebelum kewafatan baginda, Allah memberi peluang kepada baginda untuk hidup selama-lamanya dan dunia ini menjadi miliknya, menjadi raja lebih dari Nabi Sulaiman A.S, tetapi Nabi menolak kerana Baginda lebih rindu untuk bertemu dengan Allah S.W.T.

P/S : Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW....

No comments:

Post a Comment