Followers

Wednesday, May 29, 2013

Apa Hak Anda Sebagai Penumpang Marin Dan Udara?


Pernah kah anda menaiki kapal terbang? Helikopter? Atau menaiki Star Cruise? Feri? Atau sekadar bot pemancing laut?

Saya rasa kebanyakkan pasti pernah.

Jejak sahaja ke dalam salah satu pengangkutan yang tersenarai di atas, boleh dikatakan ramai yang mengambil mudah isu keselamatan diri. Ada segelintir yang hanya berminat untuk mengetahui di mana Emegency Escape atau Pintu Keluar, tapi berapa kerat yang berminat dengan jaket keselamatan (Life Jacket) yang di sediakan? Mungkin ada yang tau di mana, tapi bila terjadi sesuatu, baru mula kelam kabut belajar cara nak pakai. 

Anda mempunyai hak untuk memiliki satu jaket keselamatan apabila anda menaiki salah satu sistem pengangkutan yang tersenarai di atas. Apabila anda tidak di bekalkan dengan jaket keselamatan, anda berhak bertanya kepada Kapten atau pihak pengurusan untuk memiliki satu. Perlu diingatkan, jaket keselamatan tidak boleh dikongsi!

Ramai juga yang sombong mengatakan tidak perlu jaket-jaket keselamatan ini semua... saya pandai berenang la! 

Perlu di ingatkan terutama sekali apabila anda karam atau terhempas di laut, walaupun anda jaguh renang setaraf Olimpik sekali pun, sampai ke mana anda larat nak berenang? Buat darat yang terdekat jarak 50 km macam mana? Tak payah 50 la... 1 kilometer pasti anda kepenatan disebabkan keadaan dan luasnya laut. Dengan kesejukan air laut apatah lagi di waktu malam, anda pasti terkena simptom Hypothermia. Ini ialah keadaan di mana suhu teras badan manusia telah jatuh ke bawah paras normal disebabkan faktor luaran seperti air laut yang sejuk dan menyebabkan kegagalan fungsi anggota badan serta organ dalaman.  Dan ianya hanya memerlukan tidak sampai 1 jam untuk berlaku.

Bagi pelaut seperti saya yang bertugas di laut yang serba luas ini, jaket keselamatan adalah 'Harta Karun' saya. Begitu sekali saya letakkan taraf jaket ini. Andai kata syarikat perkapalan gagal menyediakan jaket keselamatan kepada anak-anak kapal, kami berhak untuk tidak bekerja dan boleh mengadu kepada pihak berwajib seperti Jabatan Laut dan sebagainya. Penalti yang keras akan di kenakan kepada pihak syarikat dan kapal tidak akan di benarkan belayar sehingga kekurangan ini di penuhi.

Saya pernah tidur beralaskan jaket keselamatan pada tahun 2001 semasa saya menjalani praktikal di atas salah satu kapal milik syarikat antarabangsa tempatan. Saya ingat lagi ketika itu kami baru keluar daripada Ulsan, Korea Selatan menuju ke Singapura. Cuaca tidak baik dan ombak ketika itu setinggi 12-14 meter. Anda bayangkan perasaan kami bagaimana? Hilang pening jadi takut sebab belum pernah melihat ombak setinggi itu. Doa saya kepada Allah SWT tidak putus-putus agar kami semua selamat. Mujur kapal saya bersaiz besar iaitu sepanjang 275 meter dan lebar 37 meter. Tapi kami masih tetap merasa goyangan dan hempasan ombak ganas di geladak (dek).Speed kami yang normal ialah 24 knots menjadi 14 knots sahaja ketika itu. Saya menyaksikan kapal-kapal yang lain ada speed nya menjadi negative!

Ship in the rough sea (Youtube)

P/S : Dalam tragedi bot karam di Belaga ini, kalau diperhatikan penumpang adalah melebihi had, jadi sudah pasti akan kekurangan jaket keselamatan. Perlu di ingatkan kapasati yang dibenarkan oleh pihak berwajib mesti di penuhi walaupun terdapat lebihan jaket kerana ia akan membabitkan isu keselamatan yang lain seperti stabiliti kapal dan sebagainya, Jika rasa tak selamat, anda berhak untuk turun dan memanggil pihak pengurusan untuk pencerahan,

No comments:

Post a Comment