Followers

Friday, May 3, 2013

Kisah Hari Pembalasan Bahagian I


Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, maka Allah menciptakan sangkakala lalu diserahkan kepada malaikat Israfil. Malaikat Israfil meletakkannya di mulut sambil melihat Arasy dan menantikan perintah Allah."

Tanya Abu Hurairah: "Wahai Rasulullah, apakah yg dikatakan sangkakala itu?" Jawab Rasulullah: "Sangkakala itu bentuknya seperti tanduk dari cahaya dan besarnya, demi Allah yang mengutuskan aku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi!"

Apabila telah sampai hari kiamat, maka sangkakala itu akan ditiup sebanyak tiga kali dengan cara berasingan. Kali pertama ditiup untuk menakutkan, kali kedua ditiup untuk mematikan segala makhluk yang berada di muka bumi dan kali ketiga ditiup untuk membangkitkan.

Setelah ditiup sangkakala untuk mematikan segala makhluk, maka matilah semua makhluk Allah S.W.T kecuali malaikat Jibrail, Mikail, Israfil dan Hamalatul Arasy. Kemudian Allah S.W.T memerintahkan Izrail mencabut roh semua malaikat-malaikat-Nya. Maka malaikatul maut pun menjalankan tugasnya dan hanya tinggal Allah S.W.T dan dirinya.

Lalu Allah bertanya pada malaikatul maut: "Hai malaikatul maut, siapa yang masih tinggal?" Jawabnya: "Engkau, ya Allah zat yang hidup dan tidak mati, tinggal aku saja hambamu yang lemah"

Maka firman Allah S.W.T: "Hai malaikatul maut, tidakkah kamu dengar firmanku! Kullu nafsin dza'iqatul maut, tidakkah kau tahu setiap yang hidup mesti merasakan mati?" Firman Allah S.W.T lagi: "Aku jadikan kau untuk tugasmu itu dan kau juga harus mati!"

Dalam riwayat lain pula dikisahkan iaitu apabila Allah S.W.T telah perintahkan Izrail mencabut rohnya sendiri, maka pergilah dia ke tempat yakni antara syurga dan neraka, lalu dia mencabut rohnya sendiri. Apabila rohnya dicabut, maka menjeritlah dia yang mana diterangkan, andai kata waktu itu masih ada makhluk Allah S.W.T yang hidup, nescaya akan mati semuanya disebabkan jeritan yang paling dahsyat itu.

Lalu bekata malaikatul maut: "Kalaulah aku tahu kesakitan begini di waktu mencabut roh, sudah tentu aku akan mencabut roh orang-orang mukmin dengan cara yang paling lembut sekali!"

Setelah semua makhluk mati, Allah S.W.T lalu berfirman kepada bumi yang rendah ini, "Di manakah raja-raja dan penguasa-penguasa yang zalim? Dimanakah mereka dan anak-anaknya yang makan rezeki Aku tapi menyembah selain Aku?" Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi, "Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?" Pertanyaan ini tak ada yang menjawab melainkan Allah S.W.T sendiri yang menjawab, "Hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu."

Bersambung...

No comments:

Post a Comment