Suatu ketika dulu ketika era 80-an dan awal 90-an, adalah menjadi suatu kebanggaan bagi seorang warga KL terhadap pasukan bolasepak yang bergelar City Boys atau The Hawks ini. Kalau kat Wangsa Maju, pasukan KL adalah idola kepada budak-budak town seperti kami yang selalu main bolasepak petang-petang kat padang sekolah atau padang permainan blok perumahan Wangsa Maju semasa era tersebut.
Mau tidaknya, pasukan KL telah menjuarai Liga Malaysia (ketika itu Semi-Pro) pada tahun 1986 dan 1988. Pasukan ini juga menjadi Juara Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut daripada tahun 1987, 1988 dan tahun 1989 selain juara Piala FA pada tahun 1993, 1994 dan tahun 1999.
Pasukan ini juga terkenal dengan perlawanan lagendanya bersama satu lagi pasukan yang tidak kurang hebatnya dan berpengkalan di Lembah Kelang iaitu Selangor Darul Ehsan. Setiap kali pertemuan antara dua pasukan ini, seringkali akhbar arus perdana akan menguar-uarkan perlawanan yang kononnya bakal menentukan Juara Lembah Kelang ataupun dikenali sebagai 'The Klang Valley Derby'.
Zaman kemuncak kehebatan pasukan KL ialah apabila dibarisi pemain-pemain yang cukup menyerlah ketika itu seperti Serbegeth Singh, Razif Ismail, Mat Zan Mat Aris, Lim Teong Kim, Subadron Aziz, Yap Wai Loon, Hashim Marman dan penjaga gawang kebangsaan, Abdul Rasyid Hassan. Jurulatih KL yang berkaliber dan terkenal ketika itu pula ialah Chow Kwai Lam.
Serbegeth Singh, bekas pertahanan The City Boys yang kini aktif menjadi komentator.
Manakala barisan trio import yang cukup berbisa adalah daripada Singapura iaitu Fandi Ahmad, Malek Awab dan K.Kannan. Mereka memang cukup terkenal dengan ketajaman serangan mereka merobek gawang pasukan lawan. Pendek kata, pasukan KL memang cukup ditakuti dan dihormati oleh pasukan lawan.
Trio import handalan daripada Singapura : K.Kannan, Fandi Ahmad dan Malek Awab
Untuk pengetahuan semua, Tan Sri Dato' Elyas Omar adalah antara individu penting selain Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir dalam perancangan bandar secara penswastaan seperti Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju. Beliau juga bertanggungjawab merangka sistem pengangkutan bersepadu seperti yang ada sekarang dan pembasmian setinggan di bandar KL adalah hampir seratus peratus tercapai semasa di bawah pengurusan beliau.
Tidak setakat mengetuai pasukan bolasepak KL, beliau juga bertanggungjawab membawa Malaysia menjulang Piala Thomas pada tahun 1992 dan menjadi Chef-De-Mission pasukan Olimpik Malaysia di Barcelona yang menyaksikan Malaysia meraih pingat pertamanya (pingat perak) di Olimpik melalui Razif dan Jailani Sidek dalam acara regu badminton. Beliau juga merupakan antara Commitee Members dalam usaha pembidaan Sukan Komenwel yang membawa kepada tercapainya hasrat Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komenwel ke-16 pada tahun 1998.
Hebat sekali cerita mengenai pasukan KL dan mereka-mereka yang bertanggungjawab membawa pasukan KL ke zaman kegemilangan.... Sekarang tidak lagi semenjak memasuki alaf baru. Kegemilangan pasukan KL telah berkubur bersama pengisytiharan Stadium 'Keramat' KL iaitu Stadium Merdeka sebagai bangunan warisan Malaysia. Saya rasa ramai yang malu kalau nak kata : 'Saya penyokong skuad Kuala Lumpur!'. Wujud lagi ke penyokong KL nih??? Maharaja Lawak Mega minggu ke-8 tulla. Hahaha...
Baru-baru ni dalam sebuah akhbar perdana, terdapat dakwaan mengatakan pasukan City Boys terlibat dalam pengaturan perlawanan oleh bookie-bookie tempatan. Jika ini adalah benar, maka malanglah arena bolasepak negara Malaysia secara am nya. Harap-harap akan ada tindakan untuk menyiasat dakwaan ini dan post-mortem menganalisa sebab-sebab kekalahan demi kekalahan memalukan pasukan KL semenjak tahun 2000. Dan jangan lupa... carik jalan dan kaedah lain untuk menaikkan semula kegemilangan pasukan bolasepak Kuala Lumpur. CUKUP CUKUP SUDAH!!!
Baru-baru ni dalam sebuah akhbar perdana, terdapat dakwaan mengatakan pasukan City Boys terlibat dalam pengaturan perlawanan oleh bookie-bookie tempatan. Jika ini adalah benar, maka malanglah arena bolasepak negara Malaysia secara am nya. Harap-harap akan ada tindakan untuk menyiasat dakwaan ini dan post-mortem menganalisa sebab-sebab kekalahan demi kekalahan memalukan pasukan KL semenjak tahun 2000. Dan jangan lupa... carik jalan dan kaedah lain untuk menaikkan semula kegemilangan pasukan bolasepak Kuala Lumpur. CUKUP CUKUP SUDAH!!!
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1989 : KL Vs Kedah, malam gemilang KL mempertahankan Piala Malaysia kali ke tiga.
No comments:
Post a Comment