Followers

Thursday, May 23, 2013

Nasik Lemak Wak In Memory


Masih ingat lagi Wak yang jual nasik lemak dalam tong ke hulu ke hilir pakai basikal lama satu Seksyen 1 dulu?

Bukan takat nasik lemak je, Wak pun ada jual bihun goreng, mee goreng dan kuih muih sekali.

Satu kelainan jualan Wak ni ialah dia tak stesen satu tempat je. Habih satu Seksyen 1 dia pusing. Bayangkan dalam usia macam tu dia boleh tahan pagi-pagi sampai tengahari menjaja makanan pakai basikal semata-mata untuk orang breakfast... respek!

Kalau masih ingat lagi sambal nasik lemak tu dia lapik pakai daun pisang tak macam nasik lemak sekarang. Pastu dia letak telur dadar tak macam kebanyakkan orang letak telur rebus.

Bihun dan Mee goreng bungkus dia memang sedap. Lembut je bihun dia. Istimewa dia ada letak sambal hijau ala-ala sambal nasik padang lapik kat plastik. Kadang-kadang rase tak cukup sambal tu. Huhuhu... pedas boleh tahan!

Kuih muih bagi aku biasa-biasa je sebab aku memang tak minat makan kuih pun. Orang perempuan sukala makan kuih muih ni.

Aku ingat lagi sebab family aku duk tingkat lima, jadi mak aku dah sediakan satu bakul ngan tali panjang senang bila wak datang nanti, jerit je order pastu Wak amek duit dalam bakul dan letak apa yang di order masuk dalam bakul. Kadang-kadang sampai kena pinjam ngan jiran sebelah! Hehehe...

Satu kualiti yang ada pada Wak sebagai orang tua, dia selalu nasihat budak-budak yang datang beli supaya belajar rajin-rajin. Dia pernah sound aku dengan loghat Jawa dia tu supaya aku pegang Al-Quran betul-betul sebab waktu tu aku baru balik ngaji. Al-Quran ngan rehan main kepit dua-dua macam tu je. Tak letak dalam beg. Bagus Wak nih...

Kepada siapa yang rindu ngan nasik lemak Wak leh datang ke Restoran Al-Hilmi kat Taman Melawati sebelah Bank Islam. Rasa memang ada iras-iras nasik lemak Wak, cuma bungkusan tak pakai surat khabar tapi pakai kertas coklat, sambal tak lapik pakai daun pisang dan dia tak letak telur dadar tapi letak telur rebus.

Berita terakhir yang aku dengar daripada orang tua-tua kat Wangsa Maju ni, Wak dah lama meninggal dunia. Wallahua'lam bissawab... kalau betul, semoga Allah SWT tempatkan dia dalam golongan orang yang beriman.

3 comments:

  1. Rindu nyer kat nasi lemak n mihun
    Wak

    ReplyDelete
  2. Sebegitu usia nya, msh mmpu mngyuh bsikal pepagi....demi mncri rzeki..

    ReplyDelete
  3. saya antara yang sempat merasa nasi lemak beliau memang terbaek

    ReplyDelete